
[Video] Huawei P20 Lite Dirakam Sebelum Pelancaran Rasmi
Lebih kurang seminggu sahaja Huawei bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Huawei P20. Hari ini satu video telah tersebar di arena sesawang memperlihatkan salah satu model iaitu Huawei P20 Lite dibelek oleh seorang individu di China dipercayai kakitangan kakitangan Huawei sendiri.
Berdasarkan video berdurasi enam saat itu, kelihatan peranti tersebut hampir sama dengan rekaan yang tertiris sebelum ini. Ia menunjukkan paparan digunakan pada peranti terbaru ini menggunakan skrin ‘rongak’ bersama panel gelas di bahagaian belakang.
Khabar angin juga mendakwa Huawei P20 Lite turut akan dikenali sebagai Huawei Nova 3e di beberapa negara. Melalui TENAA, spesifikasi pada Huawei P20 Lite akan dilengkapi skrin bersaiz 5.84-inci 2280 x 1080p dengan nisbah 19:9. Dwi-kamera di belakang menggunakan kombinasi sensor 16 MP + 2 MP, sementara di depan kamera 24 Megapiksel.
Huawei P20 Lite akan dipasarkan pada harga lebih rendah berbanding P20 dan P20 Pro semasa hari penjualannya kelak.