
Bye BlackBerry! Kerjasama Dengan TCL Akan Berakhir Pada 31 Ogos 2020
Seperti yang ramai ketahui, perjanjian penghasilan peranti BlackBerry bersama TCL telah bermula pada tahun 2016 dan kini akan berakhir pada 31 Ogos 2020 nanti.
— BlackBerry Mobile (@BBMobile) February 3, 2020
Menurut kenyataan dari BlackBerry Mobile, pihak TCL tidak berhak menghasilkan peranti BlackBerry lagi selepas 31 Ogos. Namun pelanggan yang memberi peranti sebelum waktu akhir tarikh perjanjian masih boleh mendapat sokongan dari segi perisian, servis pelanggan dan waranti sehingga 13 Ogos 2022.
Selepas ini adakah peranti BlackBerry akan hilang di pasaran peranti mudah alih? Atau ada pengeluar lain yang akan menggantikan tempat TCL dalam terus bersambung menghasilkan peranti BlackBerry? Semua ini tidak pasti lagi, tunggu saja kemas kini dari BlackBerry.
[ SUMBER ]
Reviu Eksklusif: BlackBerry KEY2, “Makhluk Asing” Unik Dalam Era Skrin Penuh

