Lebih Mahal Daripada iPhone X?! Skrin Berlian Pertama Di Dunia?!

Sejak kita dibawa masuk ke zaman skrin sentuh penuh, isu skrin kaca yang mudah retak, pecah atau calar apabila terjatuh tetap tidak dapat diselesaikan. Walaupun adanya teknologi Corning Gorilla Glass dalam mempertingkatkan ketahanan skrin pada peranti, tetapi ia masih tidak cukup sempurna lagi.

Menurut berita dari luar negara, sebuah syarikat bernama AKHAN Semiconductor akan mengeluarkan peranti yang menggunakan skrin berlian pada tahun 2019 kelak. Kekerasan berlian adalah dalam skala paling tinggi iaitu 10 Mohs, manakala Corning Gorilla Glass hanya mencapai skala 7. Jika skrin berlian benar-benar muncul, maka sekurang-kurangnya isu calar atau jatuh retak boleh dielakkan.

Walau bagaimanapun, skrin berlian dari AKHAN ini masih terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Buat masa kini masih dalam peringkat ujian terhadap kekerasan dan tahap tekanan yang boleh ditahan oleh kaca berlian ini.

 

You might also like