SOCAR Tawar #MORETHANJUSTACAR Dengan Sumbangan RM10 Ribu Kepada Frontliner!!!

134

Ketika penularan pandemik semakin meningkat hingga memaksa para petugas barisan hadapan negara ke tahap adiwira, SOCAR Malaysia telah menyumbangkan RM10,000 kepada tabung kelab Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, yang bertujuan memberikan bantuan kebajikan sosial dan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan untuk para ahlinya.

Tabung kelab berkenaan diperuntukkan untuk tujuan kebajikan ahli JSPT Bukit Aman, termasuklah sumbangan untuk para anggota dan ahli keluarga terdekat mereka yang menerima rawatan di hospital atau yang telah meninggal dunia serta aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan acara keraian persaraan dan acara bersama masyarakat.

Pada 2020, seramai 79 pegawai polis telah menerima bantuan daripada tabung kelab berkenaan yang berjumlah RM47,100. Untuk tahun 2021, pihak JSPT Bukit Aman berharap untuk terus memberikan bantuan dan pertolongan kepada para ahli serta tanggungan mereka yang memerlukan. Selain daripada itu, jabatan berkenaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi memberikan sokongan moral untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai polis.

SOCAR adalah aplikasi perkongsian kereta No. 1 di Malaysia yang menyasarkan untuk mengubah landskap pengangkutan di negara ini dengan membawakan era baru mobiliti multiflex menerusi penawaran 2,000 kenderaan yang terdiri daripada 26 model berbeza di lebih 1,000 lokasi di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan yang terbaru, Melaka.

SOCAR Malaysia telah berjaya mengumpul dana baru AS$18 juta pada Februari 2020 bagi membantu pengembangan SOCAR di Asia Tenggara. Ketika ini, SOCAR turut menawarkan perkhidmatan tambahan seperti penghantaran dengan SOCAR-2-YOU dan perkhidmatan Free Floating Pulau Pinang yang membolehkan pengguna mengambil dan meninggalkan kenderaan di mana-mana tempat letak kereta milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). 

SOCAR Malaysia sentiasa berusaha untuk memudahkan orang ramai memandu kereta tanpa perlu memiliki sebuah kereta. Melalui aplikasi mudah alihnya, SOCAR menjadikan perkongsian kereta lebih mudah untuk semua orang dengan membolehkan ahlinya menempah dan membuka kunci kereta di dalam platformnya dengan hanya beberapa klik sahaja.