
Sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan ketersediaan model OPPO A83 untuk pasaran tempatan mulai hari ini. Walaupun dikategorikan sebagai peranti mampu milik, OPPO A83 telah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang sangat berbaloi untuk dimiliki.
Menampilkan rekaan skrin moden sebesar 5.7 inci dengan format paparan 18:9, OPPO A83 telah disasarkan untuk golongan remaja yang gemarkan berswafoto. Ini kerana ia membawakan teknologi pengecaman kecantikan A.I. eksklusif dari OPPO bagi memastikan hasil gambar yang lebih realistik dan asli. Kehebatan swafoto ini telah dibantu lagi dengan sokongan lensa depan beresolusi 8 Megapiksel dan juga kamera utama beresolusi 13 Megapiksel.
OPPO A83 yang menyokong memori dalaman sebesar 32GB dengan RAM 3GB ini turut menjanjikan ketahanan penggunaan yang lebih baik dengan bateri berkapasiti 3180 mAh. Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Black dan Gold, OPPO A83 boleh dimiliki pada harga RM999.
SPESIFIKASI OPPO A83:
- Android 7.1 Nougat (ColorOS 3.2)
- MediaTek MT6763T Helio P23 (Octa Core 2.5 GHz)
- 32GB + RAM 3GB
- 5.7 inci IPS LCD HD+
- 1440 x 720 piksel (18:9)
- microSD (sehingga 256GB)
- 13 Megapiksel, Aperture f/2.2 (kamera utama)
- 8 Megapiksel, Aperture f/2.2 (kamera depan)
- 3,180 mAh



