
Tiada Lagi Kandungan Flash Pada Google Chrome
Pada bulan Mei lalu, Google mengumumkan bahawa mereka akan menyekat kandungan Adobe Flash Player pada Chrome. Kini, syarikat itu telah menunaikan janji mereka dengan secara perlahan-lahan mengedarkan HTML 5 kepada pengguna dalam masa beberapa bulan akan datang.
Chrome versi terbaru akan dilancarkan sekitar Februari 2017 apabila versi beta sekarang stabil sepenuhnya. Ini bermakna kandungan Flash tidak akan dipaparkan pada laman web yang tidak menyokong HTML 5. Untuk memaparkan media Flash, anda perlu mengaktifkan sendiri dengan membenarkan media dipaparkan.
Google mengikut jejak langkah Facebook menyekat kandungan Flash kerana HTML 5 lebih baik dan sesuai pada ekosistem teknologi masa kini. Adobe juga mencadangkan agar pengguna beralih kepada media HTML 5 dan beranjak meninggalkan Flash.