- Iklan -

Wiko JERRY 1HARGA: RM299

Jenama Wiko nampaknya semakin mendapat tempat di hati pengguna smartphone di Malaysia. Selain menawarkan harga yang mampu milik, peranti keluaran mereka juga tidak ketinggalan hadir dengan pelbagai fungsi terkini. Wiko JERRY adalah smartphone paling murah yang ditawarkan dalam siri Y selain Wiko LENNY3 dan Wiko ROBBY. Ingin mengetahui apakah fungsi istimewa yang ditawarkan pada harga RM299, teruskan membacanya!

SPESIFIKASI

Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
CPU: Quad Core 1.3GHz, Cortex-A7
Kad SIM: Dual SIM / Mini SIM & Micro SIM
Kamera Utama: 5 Megapiksel
Flash: LED flash
Auto Fokus:
Kamera Depan: 2 Megapiksel
Radio FM:
Bluetooth: √ (v4.0)
WiFi:
NFC: X
LTE: X
Memori: 8GB & 1GB RAM
Warna: Bleen/Silver & Black/Space Grey

PERBEZAAN SPESIFIKASI

 

Wiko ROBBY
RM 449

Wiko LENNY3
RM 379

Wiko JERRY
RM 299

Platform

Android 6.0 Marshmallow

Pemproses

Quad Core 1.3GHz, Cortex-A7

GPU

ARM Mali 400MP

Kad SIM

Dual SIM / Micro SIM

Dual SIM / Mini SIM & Micro SIM

Dimensi

155×79.1x10mm
185g

145×73.1×9.9mm
177g

145.1×73.5×9.6mm
166g

Paparan

5.5 inci
1280×720 piksel
(~267 ppi)

5.0 inci
1280×720 piksel
(~294 ppi)

5.0 inci
480×854 piksel
(~196 ppi)

Memori

16GB, 1GB RAM
microSD (sehingga 64GB)

8GB, 1GB RAM
microSD (sehingga 64GB)

Kamera Utama

8 Megapiksel
LED flash

5 Megapiksel
LED flash

Kamera Hadapan

5 Megapiksel + LED flash

5 Megapiksel

2 Megapiksel

Rakaman Video

HD 1080p

Bateri

2500 mAh

2000 mAh

Sambungan

WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.0, USB OTG,
Port USB 2.0 & 3.5mm Audio Jack


INFO

Wiko JERRY merupakan model kelas rendah dari siri ‘Y’ yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran tempatan. Berbanding dengan Wiko ROBBY dan LENNY3, Wiko JERRY hadir dengan spesifikasi lebih rendah, malah harganya juga lebih murah.  

 

PAKEJ PEMBELIAN

Pakej Pembelian

A) Wiko Jerry & Kotak Pembungkusan
B) Sarung Pelindung Jernih
C) Kabel USB 2.0
D) Fon Telinga
E) Buku Manual
F) Adapter Pengecas
G) Adapter Kad SIM
H) Kad Waranti
I) Pelindung Skrin

 

FIZIKAL

Skrin 5.0 Inci
Wiko JERRY tampil dengan paparan skrin sama seperti LENNY3 iaitu berukuran 5.0 inci dengan teknologi HD IPS LCD, tetapi menawarkan resolusi lebih rendah iaitu 480×854 piksel berbanding 1280×720 piksel (~196 ppi). Namun begitu, smartphone ini masih boleh dilihat dengan jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari.

Penggambaran

PenggambaranJERRY telah dibekalkan dengan penggambaran 5 Megapiksel untuk lensa utama serta 2 Megapiksel bagi kamera untuk penggambaran selfie. Rekaan penggambaran utama agak menonjol dan menarik kerana ia disertakan sekali dengan sebuah LED flash.

Slot Kad SIM & Bateri

Slot Kad SIM & BateriApabila panel belakang dibuka dengan cara mengumpil, anda boleh melihat dua slot kad SIM serta kad tambahan microSD pada smartphone ini. Untuk memasukkan dua kad SIM, perlu mencabut bateri berkapasiti 2000mAh terlebih dahulu kerana ianya tidak menyokong fungsi hot-swap, manakala slot kad tambahan pula berada di bahagian atas.

Pilihan Warna

Pilihan WarnaMemandangkan Wiko JERRY memfokuskan kepada semua golongan, smartphone ini tampil dengan lima warna segar yang boleh dipilih iaitu Orange/Space Grey, Bleen/Silver, Black/Space Grey, Pink/Silver serta White/Space Grey. Namun begitu, hanya DUA warna sahaja yang ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu Bleen/Silver dan Black/Space Grey.

 

CIRI-CIRI MENARIK

Phone Assist

Phone AssistTanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, pengurusan peranti terasa lebih mudah dengan adanya sokongan Phone Assist. Aplikasi ini menyokong sehingga tujuh menu pengurusan iaitu Power Saver, Notification Manager, Boot Optimizer, Black List, Default, Updates dan juga Permission Manager. Selain itu, ia juga turut disediakan dengan ikon ‘One Clean’ untuk memastikan kelancaran pengoperasian peranti.

Penggambaran

Mod Penggambaran, Paparan kamera utama, Paparan kamera hadapan
• Mod Penggambaran                                                       • Paparan kamera utama
• Paparan kamera hadapan
• Paparan kamera hadapan

Nampaknya sudah menjadi trend pengeluar smartphone hari ini, di mana penggambaran kelas pertengahan dilengkapi lensa utama 8 Megapiksel dan kelas rendah pula adalah 5 Megapiksel. JERRY hadir dengan beberapa mod pengambaran sama seperti ROBBY dan LENNY3 yang boleh digunakan, di antaranya adalah Normal, HDR, Panorama, Professional, Face Beauty, Night serta Spot.

Pemain Video

Pemain VideoMemandangkan JERRY boleh membuat rakaman video HD penuh dalam format 1080p, jadi tidak menjadi masalah untuk anda memainkan sebarang video berdefinisi HD 1080p. Selain dilengkapi dengan fungsi Pop up video, anda juga boleh mengedit video yang diinginkan dengan adanya fungsi Trim.

Ketahanan Bateri

Ketahanan BateriTidak dinafikan, bateri merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna smartphone sekarang. Walaupun hanya menawarkan bateri Li-Ion berkapasiti 2000mAh, ia tidak ketinggalan menyokong mod penjimatan bateri Intelligent Power Saving. Ia berupaya mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan dan menjimatkan bateri smartphone.

 

HASIL GAMBAR

Pemandangan Mod: HDR
• Pemandangan     • Mod: HDR

KOMEN EDITOR

Wiko JERRY merupakan salah satu smartphone kelas rendah terbaik yang terdapat di pasaran hari ini dengan pemproses Quad Core berkelajuan 1.3GHz. Selain tampil dengan rekaan anggun khas untuk golongan remaja, smartphone ini turut menawarkan beberapa fungsi menarik untuk pengguna. Di antaranya adalah keupayaan penggambaran 5 Megapiksel dengan pelbagai mod seperti Professional, Panorama, Face Beauty, HDR, Night serta Spot. Bukan itu sahaja, smartphone ini turut hadir dengan fungsi penting seperti Phone Assist tanpa perlu memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga. Walaupun menyediakan bateri berkapasiti 2000mAh sahaja, Wiko JERRY telah dilengkapi dengan teknologi Intelligent Power Saving yang akan mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan.