Reviu Eksklusif: LEAGOO T1 “Born to be Stylish”

LEAGOO T1 - 1

HARGA: RM549

SPESIFIKASI
  • Sistem Operasi : Android 6.0 Marshmallow (LEAGOO OS 2.0)
  • CPU : MediaTek MT6737, Quad Core 1.3GHz
  • Kad SIM : Dual SIM / Micro SIM
  • Kamera Utama : √ (13 Megapiksel)
  • Flash : √ (dual LED flash)
  • Auto Fokus : √
  • Kamera Depan : √ (5 Megapiksel + LED flash)
  • Radio FM : √
  • Bluetooth : √ (v4.0)
  • WiFi : √
  • NFC : X
  • LTE : X
  • Memori : 16GB ROM & DDR3 2GB RAM
  • Warna : Champagne Gold, Rose Gold & Titanium Grey

FIZIKAL

Rekaan Stylish & PremiumLEAGOO T1 - 2

Walaupun T1 menampilkan paparan skrin sebesar 5.0 inci, ia merupakan smartphone yang nipis dengan ketebalan hanya 7.5mm dengan berat 143g. Bukan itu sahaja, pengguna juga akan berasa selesa apabila memegang peranti ini walaupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Tiga Pilihan WarnaTiga Pilihan Warna

Sesuai dengan slogannya iaitu “Born to be Stylish”, LEAGOO T1 yang menampilkan rekaan anggun, moden dan premium telah menawarkan tiga pilihan warna menggoda kepada anda. Di antara pilihan warna yang disediakan adalah Champagne Gold, Rose Gold dan juga Titanium Grey.

Kamera Utama & Depan Sokong LED Flashcamera

Penggambaran menggunakan smartphone ini boleh dianggap baik kerana ia menyokong kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dengan fungsi auto fokus dan dual LED flash. Lebih istimewa lagi, kamera depan beresolusi 8 Megapiksel juga turut menyokong LED flash untuk gambar selfie yang lebih natural.

Pengecaman Cap JariPengecaman Cap Jari

Selain model Shark 1, LEAGOO T1 adalah peranti kedua diperkenalkan yang menawarkan fungsi pengimbas cap jari. Sensor untuk pengimbas cap jari pula terletak di bahagian panel belakang smartphone ini bersama lensa kamera utama dan dual LED flash.

CIRI-CIRI MENARIK

Android 6.0 MarshmallowT1-Web-Banner-Combine

Istimewanya LEAGOO T1, ia hadir dengan paparan antaramuka LEAGOO OS 2.0 serta menyokong Android versi terkini, 6.0 Marshmallow walaupun ditawarkan pada harga mampu milik. Selain menampilkan paparan antaramuka yang lebih menarik dan mesra pengguna, smartphone ini turut dibekalkan dengan memori RAM 2GB serta memori dalaman berkapasiti 16GB.

Pengecaman Cap Jari2

LEAGOO T1 juga merupakan sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki kerana menyokong pengimbas cap jari walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan. Teknologi yang dipanggil Fingerprint ID ini mampu menggantikan kaedah konvensional menggunakan kod kata laluan dan sekali gus memberi akses pada peranti anda dalam cara yang paling selamat. T1 menyokong pengimbas cap jari yang sangat pantas iaitu sekitar 0.19 saat sahaja untuk anda mengaksesnya.

Kamera Selfie

kamera utama
kamera utama
Kamera Depan 1
Kamera Depan

LEAGOO T1 menyokong kamera depan beresolusi 8 Megapiksel dengan fungsi Face Beauty 4.0 yang berupaya membantu anda untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih cantik. Bukan itu sahaja, kehadiran LED flash sesuai digunakan ketika mengambil gambar di kawasan persekitaran. Lebih menarik, anda boleh gunakan sensor pengimbas cap jari untuk mengambil gambar selfie dengan adanya fungsi ‘Smart Selfie’ dan ‘Fingerprint Selfie’.

Dual Tag3

Bagi mereka yang mempunyai dua akaun sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat dan juga WhatApps, anda kini boleh menggunakan kedua-dua akaun ini. Bagaimana? dengan adanya fungsi yang dipanggil Dual Tag. Dua aplikasi yang sama boleh dijalankan serentak pada satu peranti tetapi menggunakan akaun berbeza. Bagi membezakan aplikasi yang telah diklon, anda boleh meletakkan kata laluan berlainan mahupun pengimbas cap jari kiri untuk akaun pertama dan kedua.

LEAGOO Beauty4

5Tanpa perlu memuat turun aplikasi ketiga, LEAGOO hadir dengan fungsi baru yang dipanggil LEAGOO Beauty. Terdapat empat kategori utama yang disediakan iaitu Camera, Makeup, Celebrity serta Decorate. Selepas mengambil gambar, pengguna boleh terus mengedit gambar tersebut mengikut keinginan sendiri. Hasil gambar yang telah siap diedit boleh terus dikongsikan dengan kawan-kawan di laman sosial.

HASIL GAMBAR

MAKRO
MAKRO

KOMEN 

Tampil dengan rekaan logam yang sylish, LEAGOO T1 sememangnya sesuai bagi mereka yang menginginkan sebuah smartphone berukuran 5.0 inci dengan resolusi HD serta harga yang mampu milik. Tidak dinafikan spesifikasi yang disokong oleh T1 bukanlah yang terbaik di pasaran, tetapi ianya boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki jika soal harga diambil kira. Sokongan pemproses berkeupayaan 64-bit Quad Core, RAM DDR3 2GB, memori dalaman sebesar 16GB, lensa penggambaran utama 13 Megapiksel dengan dual LED flash, manakala lensa depan 8 Megapiksel turut dilengkapi dengan LED flash. Kehadiran bateri berkapasiti 2400 mAh dengan teknologi mod Ultra Powe Saving sudah cukup untuk memastikan kelancaran pengoperasian smartphone ini. Lebih menariknya, T1 turut menyokong aplikasi pra-pasang yang berguna seperti pengimbas cap jari, Dual Tag, LEAGOO Beauty serta dioperasikan oleh Android terkini, 6.0 Marshmallow.

You might also like