
Semua orang sukakan gambar nampak cantik dan sedap je mata memandang kan? Tak kisahlah untuk tatapan sendiri mahupun dikongsi melalui media sosial. Okay, sebenarnya banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit gambar korang agar nampak boom!

Meletop! Cumanya korang kena pandai pilih dan tahu guna, OKAY? So, pada entri kali ini penulis nak kongsikan antara 5 aplikasi edit gambar yang menarik untuk korang cuba! Sesuai untuk semua pengguna Android mahupun iOS!
Snapseed [ Download : iOS | Android ]

Aplikasi ini boleh dikatakan antara aplikasi penyuntingan foto yang terbaik. Dalam aplikasi ini disertakan dengan pilihan suntingan yang menarik – sama ada secara terbina mahupun manual. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai jenis ciri suntingan yang boleh disesuaikan – termasuklah adjust untuk ketepuan, suhu warna dan banyak lagi. Snapseed juga berupaya menyunting gambar korang menjadi sesuatu yang luar biasa – contohnya menerusi teknik double exposure. Tunggu apa lagi? Muat turun jom!

VSCO [ Download : iOS | Android ]

Next! VSCO bukan sahaja aplikasi penyuntingan gambar semata – mata, sebaliknya ia juga merupakan rangkaian sosial – seakan sama seperti Instagam. Aplikasi ini mempunyai soknga kamera secara terbina yang memudahkan penggtuna untuk mengambil gambar secara terus menerusi aplikasi.

Hm, aplikasi ini dilihat agak minimalis namun ia cukup sempurna bagi korang yang impikan sebuah gambar sempurna. Aplikasi ini menyertakan sejumlah ciri suntingan menarik termasuk pelarasan waran, kontras, kejelasan, ketepuan dan banyak lagi. Ia turut menyertakan beberapa filter yang boleh diakses secara percuma mahupun berbayar. Enjoy!
Adobe Photoshop Express [ Download : iOS | Android ]
Adobe Photoshop Express menyediakan pelbagai ciri canggih dengan aplikasi penyuntingan gambar percuma. Ia mempunyai pelbagai ciri suntingan menarik bagi mengubah setiap details dalam gambar untuk menjadikannya lebih menarik termasuklah – crop, kontras, filter, imbangan putih dan banyak lagi. Filter terbina ini bantu membetulkan setiap perincian pada imej secara automatik. Sebelum menggunakan aplikasi ini, korang perlu mendaftar akaun ID Adobe! Kemudian, terus sunting dan simpan! Bestkan!

Foodie [ Download : iOS | Android ]

Ambil gambar macam pro dengan aplikasi Foodie! Ia merupakan aplikasi yang direka khas untuk mengambil gambar makanan – sekaligus menjadikannya nampak lebih lazat! Ciri suntingan pada aplikasi ini dilihat seakan – akan Instagram – mempunyai 24 jenis filter makanan yang bersesuaian dengan imej. Lebih menarik ia berupaya mengesan sudut tepat kamera – sekaligus memudahkan korang mengambil gambar dengan mudah. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kawalan manual untuk korang berseni lebih kreatif! 
Visage [ Download : iOS | Android ]
Suka berselfie? Dan ingin nampak lebih cantik? Aplikasi ni memang ngam untuk korang! Dengan aplikasi ini korang boleh buat macam – mcam termasuklah buang parut, gigi lebih putih, hilangkan eyebag dan banyak lagi. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, tunggu apa lagi? Cuba sekarang!


