Tahniah! Lebih Daripada 1000 Pelanggan Membanjiri Jelajah Siri Huawei P20!

Jelajah siri Huawei P20 yang baru sahaja menutup tirai pada 6hb – 8hb April bertempat di Sunway Pyramid, dan pada 6hb – 9hb April di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang telah menarik lebih daripada 1000 pelanggan datang menghadiri.

Peranti yang memfokuskan pada kebijaksaan penggambaran dengan dwi-kamera pada P20 dan tri-kamera pada P20 Pro ini membawakan banyak ganjaran hebat kepada pelanggannya termasuk hadiah bernilai lebih daripada RM999 dengan setiap pembelian siri Huawei P20.

Huawei P20 Pro yang hadir dengan tri-kamera adalah tarikan utama saya melawat jelajah ini. Teknologi AI pada penggambarannya yang mampu menangkap butiran yang menakjubkan walaupun dalam keadaan gelap. Saya berjaya membeli P20 Pro dan menerima hadiah premium seperti pencetak Canon Pixma serta fon kepala Huawei Sport Bluetooth.” kata Encik Chong, pelanggan pertama yang beratur dalam barisan.

Pelanggan boleh membeli siri Huawei P20 untuk mendapatkan hadiah bernilai lebih daripada RM999, termasuk pencetak Canon Pixma E3170, fon kepala Huawei Sport Bluetooth (AM61) dan ganjaran eksklusif lain* . Di samping itu, pelanggan juga berpeluang memenangi Huawei P20 Pro apabila mereka membeli dari jelajah Huawei P20. Sejumlah dua unit Huawei P20 Pro akan diberikan.

* T&C Apply

 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Huawei atau Facebook mereka.

 

 

You might also like