
Apple sekali lagi membawa perubahan besar kepada dunia peranti pintar, kali ini dengan iPhone X yang mempunyak skrin rongak telah mengejutkan seluruh masyarakat peranti pintar mudah alih. Walaupun banyak suara dari pelbagai saluran, tetapi masih ada pengeluar yang beria-ia mengikuti trend rongak.
Yang terikut-ikut nak cuba skrin rongak akhirnya berasa kesal sangat, tidak apa sebab pengguna Android boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menyembunyikannya. Aplikasi Nacho Notch akan menyembunyikan rekaan rongak dengan menambah satu latar belakang hitam di bahagian atas skrin.
Yang tak mampu nak beli siri Huawei P20 sebab peranti ini ada terbina-dalam tetapan menutup skrin rongak, sekarang tak perlu jeles sangat sebab Nacho Notch boleh bantu!