
Mesti korang rasa was-was sekiranya ingin membeli barangan secara atas talian kerana bimbang akan berlaku penipuan. Jangan bimbang, meh kami ajar cara untuk mengenali nombor bank penjual tersebut pernah menerima aduan penipuan ataupun tidak.

Sekiranya penjual yang anda beli adalah penipu, akaun bank yang dilaporkan oleh pihak lain akan disenaraikan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, jadi anda harus memeriksa sama ada pihak lain mempunyai rekod sebelum membayar pembelian dalam talian.
Langkah-langkah semakan:
- Layari laman web rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
- Masukkan nombor akaun bank penjual
- Masukkan nombor Captcha
- Klik Semak