Imej ASUS Zenfone 8 Flip??!! – Bakal Dilancarkan Pada 12 Mei Ini?

Ada satu laporan menarik daripada 91mobiles yang mana media di India melaporkan bahawa ASUS Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip akan dilancarkan pada 12 Mei. Ekorang daripada pendedahan itu, beberapa imej peranti Zenfone 8 Flip ini telah terdedah.

Daripada imej yang terdedah ini memperlihatkan bahawa rekaan kamera bagi telefon ini boleh diputarkan sehingga 180 darjah. Jadi kamera belakang boleh dijadikan kamera hadapan.

Dari aspek dalaman pula, peranti ini dikhabarkan ia hadir dengan skrin 6.67″ FHD+ AMOLEDdan kadar segar semula 90HZ.Ia juga dikatakan hadir dengan pemproses Qualcomm 888 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB.

Dari aspek kamera pula, ia hadir dengan 64MP + 8MP + 12MP dan menyokong rakaman video 8K.

You might also like