Rainforest World Music Festival 2021 Akan Berlangsung Secara Maya, Lembaga Pelancongan Sarawak Menobatkan Shopee Sebagai Rakan E-Dagang Rasmi

Rainforest World Music Festival (RWMF) kembali membawakan keseronokan selama tiga hari dari 18 hingga 20 Jun 2021, kali ini secara maya dan percuma! Persembahan tahun ini akan disiarkan melalui Shopee Live dari jam 6 petang, memberikan akses kepada berjuta-juta rakyat di seluruh negara untuk menikmati festival muzik ini dari keselesaan rumah mereka sendiri, berikutan penobatan Shopee sebagai Rakan E-dagang Rasmi.

Sejak tahun 1998, RWMF telah berkembang menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun. Acara ini meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah. Setiap tahun, pengunjung festival dari seluruh dunia akan berkumpul di kaki Gunung Santubong di Sarawak untuk menikmati kepelbagaian muzik dunia melalui bengkel, pameran budaya serta kraftangan, makanan, dan konsert. Tahun lepas, pesta ini dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Rainforest World Music Festival 2021 Virtual Experience akan menampilkan barisan artis yang menarik: Alena Murang – artis kelahiran Borneo yang berbangsa Dayak-Eropah yang baru-baru ini telah mengeluarkan album berjudul Sky Songs; KEMADA, Sang Rawi, Mathew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan juara Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Tuku‘ Kame’.

Selain daripada RWMF, Borneo Jazz Festival (BJF) tahun ini yang akan berlangsung pada hujung minggu berikutnya turut akan disiarkan melalui Shopee Live. Para penonton akan dihiburkan oleh barisan pemuzik jazz termasuk Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan “Prince of Borneo” – Pete Kallang, dari 25 hingga 27 Jun pada jam 6 petang.


Untuk mewujudkan pengalaman maya yang lebih menarik lagi, Lembaga Pelancongan Sarawak telah membuka kedai rasminya di Shopee untuk menampilkan produk-produk dari kedua-dua acara RWMF dan BJF. Ini termasuk baju-T Edisi Terhad RWMF dan BJF, Pelitup Muka Batik Linut Edisi Terhad, Pelitup Muka Bercorak Batik Edisi Terhad dan produk-produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang. Para peminat juga dapat menikmati baucar kedai dengan 

You might also like