Kad Hadiah Roblox Kini Terdapat Di 7-Eleven Malaysia

7-Eleven Malaysia telah memperkenalkan kad hadiah Roblox, kini boleh didapati di semua kedai 7-Eleven di seluruh negara.

Kaki game di Malaysia kini boleh menggunakan kad hadiah untuk membeli Robux, mata wang maya Roblox, atau langganan Roblox Premium. Kad hadiah tambahan dompet boleh didapati dalam denominasi RM50 dan RM125, menjadikannya hadiah berpatutan yang pasti akan menggembirakan peminat Roblox.

Roblox adalah platform dalam talian global yang membolehkan pengalaman bersama di antara puluhan juta pengguna harian. Setiap hari, orang di seluruh dunia bersenang-senang dengan rakan-rakan ketika mereka meneroka berjuta-juta pengalaman digital yang mendalam yang dibina oleh komuniti Roblox, yang terdiri daripada lebih daripada lapan juta pencipta. Ada sesuatu untuk semua orang: dari konsert muzik dan pertunjukan fesyen maya, hingga perlumbaan, permainan peranan, simulasi, dan kursus halangan.

You might also like