Kerjasama Maxis & Etiqa, Tawarkan Program Insurans Komprehensif

Maxis dan Etiqa telah bekerjsama untuk menawarkan program insurans berasaskan penggunaan (usage based insurance – UBI) kepada pelanggan mereka. Dengan memanfaatkan Maxis mDrive sebagai penyelesaian penjejak kenderaan yang terbukti serta tawaran insurans yang luas di Etiqa, ia adalah sebuah program dengan tawaran kos lebih rendah.

Maxis mDrive membolehkan anda mengesan lokasi, memantau corak pemanduan serta dan mengetahui keadaan semasa kenderaan. Ia secara tidak langsung dapat memastikan penghantaran barangan dan perkhidmatan sampai tepat pada masanya.

Kerjasama ini juga membolehkan perniagaan menikmati penjimatan kos dengan premium insurans yang lebih rendah dari Etiqa. Selaras dengan matlamat mereka dalam menyediakan penyelesaian perniagaan lebih inovatif serta dapat membantu perniagaan beroperasi dengan lebih cekap.

Untuk maklumat lanjut layari sahaja Maxis mDrive.

You might also like