Nubia Buka Kiosk Konsep Di Sunway Pyramid

Nubia, jenama yang sedang meningkat naik di Malaysia hari ini melebarkan sayap dengan membuka kiosk konsep di Sunway Pyramid. Kiosk ini kini membuka tirainya pada 18 November 2017 iaitu hari ini kepada orang ramai.

Lot F1.RINK.A, Sunway Pyramid

Untuk meraikan pembukaan cawangan ini, para pelanggan yang membuat pembelian untuk telefon pintar terpilih Nubia akan diberikan diskaun dan hadiah menarik bernilai RM300.

Di sini kami sediakan senarai peranti Nubia yang ditawarkan bersama hadiah istimewa :

  • Nubia N17 mini Aurora Blue – RM1,599 Percuma powerbank 8,000mAh, fon telinga, diskaun dan hadiah (bernilai RM300)

  • Nubia M2 – RM1,399 Percuma powerbank 8,000mAh, fon telinga, diskaun dan hadiah (bernilai RM300)

  • Nubia M2 Lite – RM949 Percuma fon telinga, diskaun, dan hadiah (bernilai RM150)
  • Nubia M2 Play – RM799 Percuma fon telinga, diskaun, dan hadiah (bernilai RM150)

  • Nubia N1 Lite – RM499 Percuma fon telinga, diskaun, dan hadiah (bernilai RM50)

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti-peranti ini, boleh kunjungi kiosk Nubia Sunway Pyramid di Lot F1.RINK.A.

Dalam masa sama, Nubia Malaysia juga membuka pra-tempahan untuk produk flagship iaitu nubia Z17s bermula 16 hingga 25 November 2017 di kedai atas talian DirectD.

nubia Z17s

Nubia Z17s dilengkapi skrin 5.73 inci dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 835, RAM 8GB, dan storan 128GB. Harga runcit untuk peranti ini adalah RM2,599 dalam pilihan warna Aurora Blue.

You might also like