
Jabra yang begitu dikenali melalui rekod prestasi yang unggul dalam inovasi earbud tanpa wayar sebenar kini memperkenalkan pembatalan bunyi aktif (ANC) yang termaju dengan Elite 85t yang serba baharu sebagai tambahan kepada portfolio kompak tanpa wayar sebenar yang meraih anugerah.

Elite 85t direka bentuk untuk melangkaui batasan bunyi hingar yang dapat dilenyapkan dalam earbud tanpa wayar sebenar, yang menampilkan ciri teknologi ANC Jabra yang paling maju dan berkuasa. Tiada kompromi dari segi reka bentuk yang kecil dan tidak menonjol serta keselesaan, tiada kompromi dari segi pengalaman panggilan atau muzik, dan tiada kompromi dari segi keberkesanannya.
Earbud ini dilengkapi cipset dual yang mempunyai keupayaan ANC yang hebat serta pemprosesan audio yang optimum. Produk ini adalah antara earbud terkecil yang menawarkan ANC premium untuk mewujudkan ruang peribadi anda yang senyap, serta membawakan HearThrough supaya anda dapat mendengar bunyi di sekeliling anda. Kedua-dua ciri tersebut boleh dilaraskan sepenuhnya serta mempunyai fokus yang lebih pada prestasi audio yang semula jadi dan pemerangkapan yang terhad (sekatan/penutupan), yang dapat dicapai menerusi reka bentuk separa terbuka dan mikrofon ANC berganda.

Earbud tanpa wayar sebenar ini telah direka bentuk khusus untuk pengalaman panggilan dan muzik yang tidak pernah dapat dialami sebelum ini dengan pembesar suara 12mm untuk audio yang kuat, bateri yang tahan sehingga 25 jam (dengan ANC terpasang), dan teknologi 6 mikrofon berserta perlindungan dari angin untuk panggilan yang mengagumkan.

abra Elite 85t boleh didapati di cawangan runcit terpilih dari 4 Dis 2020 pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM1049.
Jabra Elite 75t hadir dengan warna Titanium Black dari Disember 2020, dan Gold Beige dan Grey pada Suku Pertama 2021.
* Tawaran istimewa sempena pelancaran melayakkan pembeli Elite 85t menerima Elite Active 45e bernilai RM379 secara percuma (kuantiti adalah terhad, siapa cepat dia dapat).