- Iklan -

SGS dan Graz University of Technology membuka Lamarr Security Research

GENEVA, 17 November 2020 /PRNewswire/ — SGS dan Graz University of Technology (TU Graz) mengumumkan pembukaan Lamarr Security Research, sebuah pusat penyelidikan bukan berasaskan keuntungan yang memfokuskan pada keselamatan maklumat dan membina kepercayaan terhadap sistem digital dan produk. Persekitaran penyelidikan baharu ini terbuka kepada rakan penaja untuk menjalinkan kerjasama dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih selamat.

Keselamatan siber adalah salah satu cabaran terbesar bagi masyarakat bermaklumat kita dan terdapat keperluan mendesak untuk memikirkan semula cara sistem dibangunkan, disusun dan dianalisis. Untuk mewujudkan kepercayaan dan mencipta sebuah dunia yang mementingkan keselamatan dan privasi data, adalah perlu untuk dilakukan penyelidikan terbuka tentang teknologi baharu. Pusat penyelidikan bukan berasaskan keuntungan Lamarr Security Research ialah antara pusat baharu Cybersecurity Campus Graz, yang telah dibuka oleh SGS dan TU Graz pada tahun 2019. Hasil penyelidikan akan tersedia untuk semua orang, membawa nilai yang tinggi kepada masyarakat.

Penyelidikan

Stefan Mangard, Profesor untuk Sistem Keselamatan di TU Graz dan ahli pasukan pengurusan pusat berkata: “Kami akan bekerja dari peringkat transistor hingga aplikasi awan yang kompleks, menjadikan sistem yang selamat dan persendirian lebih cekap, sangat mesra pengguna dan boleh disahkan. Dengannya kami akan mewujudkan kepercayaan yang berterusan terhadap penyelesaian yang dihasilkan. SGS menyediakan dana asas dan kami sedang mencari rakan penaja yang mempunyai pemikiran yang sama untuk turut serta.” Manfaat untuk rakan kongsi akan merangkumi akses awal kepada keputusan penyelidikan dan kemungkinan ujian keselamatan siber yang canggih.

Keselamatan sebagai Hasil Kepercayaan dan Kerjasama

Martin Schaffer, Ketua Perkhidmatan Keselamatan Siber Global di SGS dan ahli pasukan pengurusan pusat berkata: “Tugas kami di SGS adalah untuk mewujudkan kepercayaan dalam kalangan para pemegang taruh. Dalam dunia digital yang saling berhubung kait, ini tidak mudah dicapai kerana kita berhadapan dengan penggodam kreatif yang berusaha mendapatkan keuntungan kewangan, melanggar privasi orang lain, malahan boleh membahayakan nyawa. Ini memberi kesan kepada semua orang dan kami tidak dapat menangani masalah ini bersendirian. Adalah tugas kita semua untuk memupuk perubahan. Dengan TU Graz, kami menemui rakan kongsi yang kukuh dengan visi yang sama dan kami telah bersama-sama mewujudkan persekitaran penyelidikan yang terbuka untuk rakan kongsi tambahan.”

Berbekalkan semangat Hedy Lamarr[1]

Lamarr Security Research diberikan nama sempena aktres Hollywood kelahiran Austria, Hedy Lamarr, yang merupakan salah seorang pelopor dalam penemuan sistem selamat dengan sistem frekuensi lompatan yang dipatenkan, yang masih digunakan hingga kini dalam Bluetooth dan Wi-Fi. Atas semangat Hedy Lamarr, SGS dan TU Graz mencari pendekatan baharu dan inovatif dan akhirnya menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih selamat.

Untuk maklumat lanjut, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang menjadi penyelidik atau rakan kongsi Lamarr Security Research, sila hubungi:

Martin Schaffer
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Siber Global
Digital & Inovasi
SGS
Tel: +43 664 88210590

Stefan Mangard
Profesor untuk Sistem Selamat & Ketua IAIK
Institute of Applied Information Processing and Communications (IAIK)
Graz University of Technology
Tel: +43 316 8735531

Tentang SGS 

SGS ialah syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka di dunia. SGS telah diiktiraf sebagai penanda aras global untuk kualiti dan integriti. Dengan lebih daripada 89,000 pekerja, SGS mengendalikan rangkaian untuk lebih daripada 2,600 pejabat dan makmal di seluruh dunia.

Tentang Graz University of Technology

Keselamatan siber telah menjadi tumpuan penyelidikan di TU Graz di Austria selama bertahun-tahun. Antara sorotan penyelidikan yang menarik adalah kelemahan pemproses “Meltdown” dan “Spectre”, atau pencapaian antarabangsa dalam kriptografi.

[1] Hedy Lamarr, Donaldson Collection/Michael Ochs Archives via Getty Images, Nama Hedy Lamarr digunakan dengan Kebenaran daripada Estate of Hedy Lamarr www.CMGworldwide.com

Video – https://www.youtube.com/watch?v=tZfTOiSXCgw
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/sgs-dan-graz-university-of-technology-membuka-lamarr-security-research.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/sgs-dan-graz-university-of-technology-membuka-lamarr-security-research-1.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/sgs-dan-graz-university-of-technology-membuka-lamarr-security-research-2.jpg

Hedy Lamarr, Austrian-born Hollywood actress and inventor of early secure systems. Hedy Lamarr, Donaldson Collection/Michael Ochs Archives via Getty Images, used with Permission from the Estate of Hedy Lamarr www.CMGworldwide.com
Hedy Lamarr, Austrian-born Hollywood actress and inventor of early secure systems. Hedy Lamarr, Donaldson Collection/Michael Ochs Archives via Getty Images, used with Permission from the Estate of Hedy Lamarr www.CMGworldwide.com
-SGS TUGRAZ: Stefan Mangard, Professor for Secure Systems at TU Graz (left), Martin Schaffer, Global Head of Cybersecurity Services at SGS (right)
-SGS TUGRAZ: Stefan Mangard, Professor for Secure Systems at TU Graz (left), Martin Schaffer, Global Head of Cybersecurity Services at SGS (right)

Keywords: Computer/Electronics Education High Tech Security Higher Education Multimedia/Online/Internet New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like