
CES 2020: Siri TCL 10 Diumumkan – Sokong Snapdragon 765 (G) + Quad Kamera
Dalam acara CES 2020 ini, dilihat pelbagai barisan produk komputer yang power dalam arena permainan serta teknologi canggih di luar jangkaan. Selain itu, peranti berteknologi turut dipamerkan salah satu adalah siri TCL 10.
Siri TCL 10 hadir dengan 3 varian antaranya TCL 10 5G, TCL 10 Pro dan TCL 10L. Varian 5G adalah kelas flagship yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 765G, paparan berteknologi NXTVISON dengan skrin melengkung AMOLED, kamera pula hadir dengan rekaan quad-kamera 64MP yang diletakkan secara melintang di panel belakang.
https://youtu.be/_DneCplno3c
Varian Pro mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan TCL 10 5G, melainkan varian TCL 10L yang mempunyai sedikit perbezaan antaranya kamera utama hanya 48MP dan pengimbas cap jari di panel belakang (varian Pro dan 5G menyokong pengimbas cap jari pada skrin).
https://youtu.be/X1UxXPSk1lo
Buat masa kini tiada spesifikasi lebih lanjut lagi mengenai siri TCL 10, ia bakal diumumkan secara rasmi di MWC 2020 nanti.
https://youtu.be/Eajz3nz0aKc