- Iklan -

Copan mengukuhkan operasinya di benua Amerika dengan pelaburan bernilai jutaan dolar

- Iklan -

Copan mengumumkan pelaburan bernilai $78 juta untuk mengembangkan tapak pengeluarannya di Puerto Rico. Projek ini – yang sebahagiannya dibiayai oleh Kerajaan Puerto Rico – akan membawa kapasiti pengeluaran dan pengedaran Copan lebih dekat ke pasaran Amerika, mengukuhkan kehadiran syarikat tersebut di AS dan seluruh benua Amerika

BRESCIA, Itali, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ — kapasiti pengeluarannya di Aguadilla, Puerto Rico dengan menyertai tapak pengeluaran utama Itali tiga tahun lalu. Operasi ini mempunyai jumlah nilai melebihi $78 juta: $9 juta akan diperuntukkan untuk membeli dan mengekalkan jentera baharu, manakala selebihnya akan dilaburkan untuk meningkatkan bilangan pekerja daripada 100 hingga 352 orang.

Copan_Puerto_Rico
Copan_Puerto_Rico

Penubuhan syarikat kami di Puerto Rico telah terbukti menyediakan persekitaran pengembangan dan pertumbuhan perniagaan yang baik bagi kami di seluruh dunia,” kata Stefania Triva, Presiden Copan Group. “Dengan pelaburan ini, kami menyasarkan untuk mengukuhkan kehadiran kami di pasaran AS: melalui strategi pengedaran hab udara, kami akan dapat menawarkan perkhidmatan kompetitif dengan kecekapan dan kepantasan yang pertama kali dilaksanakan di seluruh wilayah Amerika,” tambah beliau.

Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Puerto Rico menyokong operasi tersebut dengan meluluskan insentif sebanyak $23 juta dan melihat projek ini – yang membawakan pengetahuan teknologi, kualiti serta sikap bekerja dan berkebajikan Copan merentas lautan – sebagai peluang yang sangat baik untuk seluruh AS. Menurut gabenor Puerto Rico, Pedro Pierluisi, “Syarikat pembuatan seperti Copan mewakili komponen ekonomi yang sangat penting, kerana ia menyumbang terhadap pewujudan dan pengekalan pekerjaan. Kami amat berbangga dengan bakat yang ada di Puerto Rico dan kami yakin dengan kejayaan dan komitmen berterusan Copan Industries terhadap Pulau ini.

Aktiviti Copan di AS baru-baru ini begitu memberangsangkan dengan pelaburan di Puerto Rico, California dan pelepasan produk yang akhirnya berjaya disediakan di AS – susulan peranti penyimpanan dan penstabilan asid nukleik eNAT® yang telah diluluskan oleh FDA pada penghujung tahun 2020. Projek ini amat sesuai dengan strategi semasa Copan untuk membawa tapak pengeluaran lebih dekat ke pasaran akhir, memperkemas logistik dan mendayakan perkhidmatan yang cekap dan pantas di seluruh dunia.

Tentang Copan 

Copan dikhususkan untuk membangunkan produk pengumpulan sampel yang berkualiti tinggi dan canggih bagi penyakit berjangkit, genomik manusia, produk kegunaan alam sekitar dan forensik berserta penyelesaian aliran kerja secara automatik. Idea-idea kami mendorong kemajuan selama 40 tahun dalam bidang praanalitik yang menghasilkan pembangunan produk yang berguna yang disesuaikan untuk memenuhi apa jua keperluan. Antaranya ialah FLOQSwabs® kami yang dipatenkan, suatu ciptaan semula pengumpulan dan pengangkutan sampel lengkap, manakala automasi ekosistem WASPLab® merevolusikan aliran kerja di makmal. Kini, Copan masih teruja untuk meneruskan inovasi ini, menyediakan produk yang berkualiti, perkhidmatan tersuai dan penyelesaian utama untuk meningkatkan kesihatan pesakit.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/copan-mengukuhkan-operasinya-di-benua-amerika-dengan-pelaburan-bernilai-jutaan-dolar-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/copan-mengukuhkan-operasinya-di-benua-amerika-dengan-pelaburan-bernilai-jutaan-dolar.jpg

Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Accounting news, issues Corporate Expansion New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like