- Iklan -

Android Wear secara rasminya sudah boleh disambungkan ke peranti iOS melalui sokongan aplikasi Android Wear yang kini tersedia untuk dimuat turun di App Store. Namun pada awal pengumumannya, Google telah menyatakan hanya LG Watch Urbane sahaja yang boleh disambungkan dengan peranti iOS. Tidak lama selepas pengumuman tersebut, nampaknya semakin banyak peranti Android Wear seperti ASUS ZenWatch 2, Motorola Moto 360 (Baru), Huawei Watch dan banyak lagi turut menyokong sambungan ke peranti iOS.

Mungkin ada di antara pembaca di luar sana yang telah lama menggunakan Android Wear di peranti iOS mereka, tetapi ada juga yang baru sahaja memiliki peranti jam tangan pintar mereka. Jadi sebagai panduan, kami akan memaparkan tutorial bagaimana caranya untuk menyambungkannya ke peranti Android Wear seperti Motorola Moto 360 ke iPhone anda.

Sokongan Platform: iOS 9.0 dan ke atas

Sokongan Android Wear Rasmi

  • LG Watch Urbane
  • LG Watch Urbane 2nd Edition
  • LG Watch Style and Sport
  • ASUS ZenWatch 2
  • ASUS ZenWatch 3
  • Casio Smart Outdoor
  • Huawei Watch
  • Fossil Q Founder
  • Fossil Q Wander
  • Fossil Q Marshal
  • Michael Kors Access smartwatches
  • Moto 360 (2nd Gen)
  • Moto 360 for Women
  • Moto 360 Sport
  • Polar M600
  • TAG Heuer Connected

 

CARA MENYAMBUNGKAN ANDROID WEAR KE IOS

Langkah 1 > Muat turun aplikasi Android Wear pada peranti iPhone anda.

 

 

 

 

 

Langkah 2 > Pada iPhone anda, akses aplikasi Android Wear dan klik pada ikon anak panah untuk memulakan proses sambungan.

 

Langkah 3 > Kemudian klik pada menu ‘ACCEPT’ pada antaramuka berikutnya.

 

Langkah 4 > Sebaik sahaja butang itu ditekan, anda perlu menekan butang ‘ENABLE’ dan diikuti dengan butang ‘OK’ pada tetingkap yang tertera.

 

 

 

 

 

 

Langkah 5 > Selepas itu, leretkan jari anda dari bawah skrin ke atas untuk mengakses menu tetapan dan aktifkan fungsi Bluetooth.

 

 

 

 

 

Langkah 6 > Secara automatik aplikasi Android Wear akan memaparkan tetingkap dengan mesej yang meminta kebenaran untuk sambungan ke iPhone anda. Klik sahaja butang ‘OK’.

 

 

 

 

 

Langkah 7 > Pada Android Wear anda, pilih bahasa yang diingini dan seterusnya klik pada ikon berwarna hijau untuk menerima persetujuan daripada Motorola.

 

Langkah 8 > Sebaik sahaja proses pada Langkah 7 selesai, iPhone anda akan memaparkan sambungan Bluetooth Android Wear yang telah ditemui. Anda perlu menyambungkan Android Wear anda ke dock pengecas untuk meneruskan proses sambungan.

 

Langkah 9 > Pada iPhone anda, klik pada Android Wear yang dijumpai itu.

 

 

 

 

 

 

Langkah 10 > Anda perlu memasukkan kod yang telah dipaparkan pada Android Wear secara manual pada iPhone dan klik butang ‘Pair’. Kini anda iPhone anda telah berjaya disambungkan ke peranti Android Wear.

 

 

 

 

 

 

 

Langkah 11 > Proses seterusnya adalah mengemaskini data antara iPhone dan juga peranti Android Wear anda, biarkan sahaja proses tersebut dijalankan untuk tempoh beberapa minit. Seterusnya klik sahaja butang ‘ENABLE’ dan ‘OK’ untuk meneruskan proses sambungan.

 

Langkah 12 > Kini anda sudah boleh menggunakan Android Wear yang disambungkan ke iOS.