Samsung Galaxy A31 Kini Rasmi – Dijual PAda Harga RM1099 Sahaja!!!

Berita baik buat semua peminat Samsung apabila mereka telah melancarkan satu peranti baharu yang dikenali sebagai Samsung A31 yang dijual pada harga RM1099.

Menariknya, peranti ini tampil dengan paparan bersaiz 6.4″ FHD+ SAMOLED Infinity-U Display yang memberi tontonan terbaik.

Tampil dengan pemproses Octa Core (Dual 2.0GHz + Hexa 1.7GHz) dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB dam Storan sebesar 128GB.

Jika dilihat dari aspek kamera pula, ia tampil dengan 48MP(F2.0) + 8MP(F2.2) + 5MP(F2.4) + 5MP(F2.4) bagi kamera belakang dan 20MP(F2.2) bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 5000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 15W nyata memberi daya tahan kepada peranti ini.

Peranti ini tampil dengan 3 varian warna iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Blue dan tersedia mulai 6 Jun.

You might also like