
HONOR Failkan Tanda Dagang Untuk Siri HONOR X Akan Datang – HONOR 10X ~ HONOR 50X?
Siri HONOR 9X belum lagi diperkenalkan secara rasmi, namun terdapat desas desus mengatakan syarikat gergasi tersebut dikhabarkan telah menfailkan tanda dagang untuk model siri HONOR X akan datang.

Memetik beberapa sumber, HONOR telah menfailkan tanda dagangan tersebut di Organisasi Harta Intelek (IPO) – memperlihatkan sejumlah tanda nama termasuk HONOR 10X, HONOR 20X , HONOR 30X, HONOR 40X dan HONOR 50X. Pendedahan ini sekaligus menunjukkan penjenamaan siri HONOR X akan datang adalah berasaskan gandaan 10.

Apa pandangan anda mengenai penjenamaan ini? Adakah mungkin ia lebih mudah untuk diingat? Pun begitu, maklumat tertiris masih rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sekadar makluman, siri HONOR 9X bakal dilancarkan pada 23 Julai 2019, stay tuned!
[SUMBER]

