
Garmin Instinct Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Tahan Lasak Dengan Gred Ketenteraan MIL-STD-810G

Jenama yang mula menempa nama melalui model GPS nampaknya semakin aktif di dalam arena jam tangan pintar. Melalui pelancaran terbaru Garmin, mereka telah melancarkan jam tangan pintar terbaharu yang dikenali dengan nama Garmin Instinct. Ia sesuai untuk golongan yang gemar melakukan aktiviti lasak.
Menariknya jam tangan pintar ini, ia menggunakan monokrom yang menawarkan ciri anti-silau walaupun berada pada cahaya terang. Model ini turut menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari, manakala sekiranya diaktifkan GPS mampu bertahan sehingga 16 jam.

Mengulas dari segi ketahanan, Garmin telah memilih material tahan lasak gred tentera di mana pengguna tidak lagi perlu risau mengenai ketahanannya. Selain itu, Garmin Instinct turut boleh digunakan untuk menyelam sedalam 100 meter. Ciri-ciri lain seperti sensor degupan jantung, kiraan langkah, kalori yang terbakar, jarak dan pelbagai lagi turut tersedia.
Hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Graphite, Tundra dan Flame Red, ia ditawarkan pada harga USD299.99 (kira-kira RM1,246).

Spesifikasi
- Dimensi : 45 x 45 x 15.3 mm
- Berat : 52 g
- Resolusi Skrin : 128 x 128 piksel
- Bateri : 16 jam / 14 hari
- Memori : 16MB
- Kalis air sedalam 10 meter
- Sambungan : Bluetooth + ANT+
-
Material tali : Silikon

