ASUS ZenFone 3 Tidak Lagi Dikuasakan Dengan Pemproses Intel

pic 1Sebagaimana yang kita ketahui, ASUS sering memperkenalkan model flagship keluarannya yang dikuasakan dengan pemproses Intel dengan kemunculan siri ZenFone sebelum ini. Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif ASUS iaitu Jerry Shen telah membuat kenyataan bahawa ZenFone 3 akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu 90% daripadanya akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm, manakala selebihnya akan menggunakan cipset daripada MediaTek.

Berdasarkan kepada kenyataan yang telah dikeluarkan itu lagi, ASUS juga menjangkakan akan model ZenFone 3 Max akan mendominasi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penghantaran model itu di pasaran. Manakala pasaran selebihnya akan dikuasai oleh dua model lagi iaitu ZenFone 3 dan ZenFone 3 Deluxe.

Walaupun ASUS telah menyasarkan model ZenFone 3 ini untuk segmen peranti kelas pertengahan, harga jualan untuk model ini dikatakan akan dinaikkan sedikit berbanding generasi sebelumnya. Siri ZenFone 3 ini juga dikatakan akan dilancarkan pada Jun 2016 dan boleh didapati di pasaran enam buah negara bermula Ogos tahun ini.

 

You might also like