ELBA LENGKAPKAN PENYELESAIAN RUMAH DENGAN RANGKAIAN PRODUK PEMBERSIH TERBAHARU DI KONVENSYEN PENGEDAR ELBA 2025

ELBA, jenama peralatan rumah tempatan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, melakar satu lagi pencapaian penting sempena Konvensyen Pengedar ELBA 2025 dengan pelancaran rangkaian produk pembersihan rumah paling menyeluruh setakat ini. Secara asasnya, produk inovasi terbaharu in terdiri daripada tiga kategori utama iaitu mesin basuh, pembersih vakum, dan mesin pencuci pinggan bagi memudahkan rutin pembersihan harian isi rumah moden. Disamping usaha untuk meningkatkan seluruh rangkaian dapurnya, ELBA meneruskan misinya untuk memenuhi penyelesaian kelengkapan rumah menyeluruh dengan inovasi praktikal yang memenuhi keperluan kehidupan para pengguna.

Konvensyen Pengedar ELBA 2025 bukan hanya tertumpu kepada pelancaran produk baharu sahaja, malah turut menjadi titik pengembangan strategik ELBA terhadap ekosistem penyelesaian rumah yang lengkap. Berbekalkan kepercayaan sebagai No.1 Cooker Hoods brand in Malaysia*, ELBA membuktikan bahawa kepakarannya kini merangkumi setiap ruang dalam kediaman – daripada peralatan dapur utama seperti penyedut asap dapur, ketuhar terbina dalam dan dapur gas, hinggalah ke keperluan harian seperti periuk nasi, pengering rambut, pemanas air, kipas dan sebagainya.

“Konvensyen Pengedar ELBA 2025 merupakan detik penting dalam perjalanan jenama kami,” kata Encik Tok Sang Man, Pengarah Urusan ELBA Malaysia.

“Setelah hampir lima dekad berada di Malaysia, kami telah membina reputasi teguh berasaskan kualiti dan kebolehpercayaan yang tidak berbelah bahagi. Hari ini mengukuhkan komitmen kami terhadap inovasi sambil kekal relevan dengan memenuhi keperluan keluarga Malaysia – penyelesaian praktikal serta keselesaan yang dikenali dan kesegaran rekaan moden.”

Konvensyen ini turut menampilkan barisan produk penjagaan pakaian ELBA yang meluas, dengan tiga siri berbeza yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai isi rumah di Malaysia. Siri Queluxe merupakan mesin basuh-pengering bukaan hadapan menampilkan inovasi seperti PerfectDose untuk penyaluran sabun basuh secara automatik, reka bentuk SpaceSaver bagi memaksimumkan kapasiti dalam ruang yang padat, serta Drum Clean+, fungsi pembersihan kendiri untuk memastikan kebersihan jangka panjang.

Mesin basuh bukaan hadapan Siri LavaWave menggunakan teknologi Silent DD Inverter untuk operasi senyap tanpa gangguan, reka bentuk UltraMax Door yang dipertingkatkan untuk memudahkan proses memuatkan pakaian, serta fungsi Lava Steam untuk cucian mendalam dengan keupayaan membasmi bakteria, alergen dan kedutan supaya pakaian kekal bersih dan segar pada setiap cucian.

Bagi pengguna yang menggemari model bukaan atas, mesin basuh Siri Elysian menampilkan teknologi Ultra Stain Wash yang menyelaraskan kelajuan air mengikut keperluan fabrik tertentu, penggunaan teknologi Silent DD Inverter sesuai untuk suasana rumah yang tenang, serta fungsi Drum Hygiene untuk pembersihan kendiri yang memberikan hasil cucian yang sentiasa segar. 

Dengan memperluaskan ke kategori baharu, inovasi penjagaan lantai terkini daripada ELBA berjaya menarik perhatian ramai dengan gabungan fungsi praktikal dan prestasi cemerlang. Pembersih vakum tanpa wayar Siri AIRGlide dilengkapi Teknologi Penapisan Kedap Habuk yang canggih, bersama 3.0L Insta Clean Hub untuk memindahkan habuk serta kotoran ke stesen pembersihan automatik tanpa terdedah kepada persekitaran. Berus Kuasa Bermotor pada vakum ini juga sesuai di atas pelbagai jenis permukaan lantai, termasuk jubin dan kayu, yang merupakan antara pilihan lantai utama di kediaman rakyat Malaysia.

Melengkapi inovasi ini, pencuci lantai Siri HYDRO Cleanse turut menarik perhatian para pengunjung konvensyen dengan sistem tangki air berkembar bersaiz besar, berus pembersih 3-sisi berketepatan tinggi untuk sudut-sudut yang sukar dicapai, serta sistem pembersihan kendiri 360° yang canggih. Fungsi pengeringan udara panas Therma Jet 60°C turut memastikan unit kekal bersih dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Selain Itu, ELBA turut memperkenalkan tiga model mesin basuh pinggan terbaharu yang sesuai untuk dipasang secara berdiri bebas, terbina dalam dan di atas meja, sekali gus membuktikan komitmen jenama ini dalam meningkatkan kecekapan dapur. Ketiga-tiga model ini menampilkan Teknologi AutoDoor yang membebaskan udara panas sebelum tamatnya kitaran cucian, pensterilan UV AquaBeam untuk tahap kebersihan maksimum, serta fungsi Penyimpanan Udara Segar (Fresh Air Storage) yang mengekalkan kebersihan dan kesegaran pinggan mangkuk hingga 168 jam.

“Bersandarkan kejayaan Konvensyen Pengedar ELBA 2023, kami telah melengkapkan rangkaian memasak dan penyejukan kami—dan tahun ini, kami berbangga untuk meluaskan kategori pembersihan. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah visi kami untuk menyediakan penyelesaian kediaman yang menyeluruh bagi setiap isi rumah di Malaysia,” kata Encik Tok Sang Man. “Selama beberapa dekad, ELBA telah menyokong keluarga Malaysia – daripada hidangan harian ke sambutan perayaan, dan juga keperluan harian. Lebih daripada sekadar peralatan elektrik, kami berbangga menjadi nadi setiap kediaman di Malaysia,” tambah beliau.

Demikian itu, visi ELBA semakin jelas untuk memperkasakan lagi isi rumah dengan penyelesaian yang direka khas dengan teliti, mudah diakses serta tahan lama. Acara ini bukan sahaja mengukuhkan lagi status ELBA sebagai rakan kediaman yang dipercayai, serta mencerminkan janji ELBA untuk menceriakan kehidupan seharian untuk generasi keluarga Malaysia yang akan datang.

Rangkaian penyelesaian kediaman ELBA yang terbaharu akan mula berada di pasaran mulai Julai 2025 di semua pengedar sah ELBA di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi ELBA di (https://elba.com.my/) atau ikuti saluran media sosial rasmi mereka di Instagram (https://www.instagram.com/elba.malaysia) dan Facebook (https://www.facebook.com/ELBAMalaysia/).

You might also like