
Ura-ura : Perbandingan iPhone 6S dan iPhone 7
Satu video dimuat naik ke laman microblogging China yang menunjukkan seorang lelaki memegang peranti yang dikatakan iPhone 7 dan membandingkan ciri fizikal dengan iPhone 6S. iPhone 7 yang ditunjukkan di dalam model tersebut nampaknya selari dengan ura-ura yang kita dengari sebelum ini. Tidak banyak perbezaan fizikal yang dapat dilihat di antara iPhone 6S dan iPhone 7 selain dari lensa kamera yang lebih besar dan kedudukan garisan antena.
iPhone 7 dikatakan masih akan mengekalkan dimensi rangka dengan model terdahulu. Turut ditunjukkan di dalam video adalah ketiadaan audio jack , sesuatu yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.
Jika video ini reliable, nampaknya peminat Apple perlu bersiap sedia mencari alternatif sambungan audio. Setakat ini masih tiada lagi video seperti ini yang menunjukkan model kemungkinan bagi iPhone 7 Plus yang dikatakan hadir dengan dwi kamera.