

Peringkat liga PUBG MOBILE Super League Southeast Asia Summer 2025 telah berakhir pada 15 Jun 2025, di mana 16 pasukan teratas yang layak akan bertanding di Grand Finals dari 20 hingga 22 Jun di BASKETHALL GBK, Jl. Pintu Satu Senayan No.1, RT.1/RW.3, Gelora, Kecamatan Tanah Abang, Kota Jakarta Pusat.
Tahniah kepada 16 pasukan terbaik dari seluruh rantau yang berjaya mara ke PMSL SEA Summer Finals 2025, termasuk dua pasukan dari Malaysia, SEM9 dan CelcomDigi Alliance, yang akan beraksi di Grand Finals:
| BOOM Esports (BOOM) | 9. ALTER EGO (AE) |
| D’XAVIER (DX) | 10. SEM9 (SEM9) |
| BIGETRON Esports (BTR) | 11. Talon Esports (TLN) |
| FaZe Clan (FaZe) | 12. MGN Viking Esports (MVKE) |
| Vampire Esports (VPE) | 13. ROY Esports (ROY) |
| eARENA (EA) | 14. VOIN Esports(VD) |
| CLAW Slayers (CLAW) | 15. Team Secret (TS) |
| CELCOMDIGI ALLIANCE (CDAL) | 16. Glu Squad (GLU) |
Pasukan Malaysia yang masih bertahan sekali lagi ialah CDAL dan SEM9, meneruskan tradisi layak ke Grand Finals. TODAK dan MEC berjaya layak ke kedua-dua Super Weekend, menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka, namun gagal mengumpul mata yang mencukupi untuk mara ke pusingan akhir. Ini membuka ruang kepada SEM9 untuk layak dengan tipis walaupun gagal menyertai Super Weekend 2.
Bintang muda tempatan Malaysia, RAYYAN, membuat debut yang mengagumkan bersama BTR pada minggu kedua liga. Bukan sahaja dinobatkan sebagai Match MVP, tetapi juga membantu BTR meraih WWCD selepas prestasi kurang memuaskan dalam Super Weekend 1. Dengan BTR mara ke Grand Finals, para peminat berharap dapat menyaksikan RAYYAN beraksi sekali lagi.
Buat julung kalinya, Grand Finals akan memperkenalkan SMASH RULE pada hari terakhir. Target match point akan ditentukan berdasarkan jumlah mata pasukan di tempat pertama, ditambah dengan 10 mata. Mana-mana pasukan yang berjaya mencapai target tersebut dan memperoleh WWCD, akan terus dinobatkan sebagai Juara. Kali ini, tiga pasukan teratas akan layak ke kejohanan berprestij Esports World Cup – PUBG MOBILE WORLD CUP 2025 di Riyadh.
PMSL SEA Spring 2025 dibawakan oleh TECNO selaku Rakan Telefon Pintar Rasmi, CelcomDigi sebagai Rakan Rangkaian Rasmi, dan BASKETHALL GBK sebagai Rakan Lokasi Rasmi.
Grand Finals PMSL SEA Summer 2025 akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Malaysia di platform rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia di Facebook, YouTube, dan TikTok, serta halaman rasmi PUBG MOBILE Malaysia. Adakah pasukan Malaysia akan muncul sebagai juara? Jangan lupa saksikan Grand Finals PMSL SEA Summer 2025 bermula 20 Jun jam 5.00 petang GMT+8!
Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) Tencent Games, turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian pasukan Malaysia yang mara ke peringkat akhir. “Kami amat berbangga dengan pasukan Malaysia yang berjaya sampai ke tahap ini dan juga kepada bakat muda kita, RAYYAN, yang telah mengembalikan momentum pasukannya. Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua dan moga mereka muncul juara musim ini!”
PUBG MOBILE Super League Southeast Asia (PMSL SEA) Summer 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman media sosial rasmi PUBG MOBILE:
| Laman PUBG MOBILE Malaysia | Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia |
| Facebook: PUBG MOBILE Malaysia | Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia |
| Instagram: @pubgmobilemyofficial | Instagram: @pubgmobile.esports.my |
| TikTok: @pubgmofficialmy | TikTok: @pubgmobile.esports.my |
| Youtube: PUBG MOBILE Malaysia |

