
Xiaomi QiCycle : Kenderaan Pintar Generasi Baru
https://www.youtube.com/watch?v=TVOTnrnD-Gw
Berdasarkan gambar teaser yang dikongsikan di dalam forum MIUI yang lepas, akhirnya Xiaomi memperkenalkan QiCycle sebuah basikal lipat pintar sinambungan dari basikal QiCycle R1.
Basikal lipat pintar terbaru ini sangat berbeza berbanding model sebelumnya, ianya lebih murah dengan spesifikasi dan fungsi yang lebih asas. Basikal lipat QiCycle hadir dengan variasi warna hitam, putih dan merah, ia dikuasakan motor elektrik 250W, 36V dengan kuasa bateri 18650 mAh.
Menurut Xiaomi, basikal ini mampu bergerak sejauh 45km dengan satu kitaran penuh kuasa. QiCycle juga turut menggunakan sistem gear dari Shimano untuk menyelaraskan kelajuan basikal. Fungsi pintar pada basikal ini adalah kemampuannya untuk merekod jarak perjalanan, kiraan pembakaran kalori, status basikal, navigasi GPS dan data kelajuan.
Ia dijual pada harga RMB2999 (sekitar RM1833), namun masih tiada pengumuman rasmi dari Xiaomi sama ada basikal ini akan dijual di luar pasaran negara China.