
realme X50 Pro 5G Bakal Sokong Kamera Utama Dengan Lensa 64MP
realme telah mengesahkan bahawa realme X50 Pro 5G bakal dilancarkan secara atas talian pada 24 Februari ini. Namun, kebocoran mengenainya masih tetap dikongsi. Terkini, sebuah imej penggoda tersebar mengesahkan bahawa realme X50 Pro 5G bakal menampilkan kamera utama dengan lensa 64MP.

Selain itu, ia juga menyokong sehingga 20X zoom hibrid – bermakna ia mungkin dilengkapi dengan kamera telephoto. realme X50 Pro 5G bakal dikuasai oleh Snapdragon 865 dengan sokongan mod 5G rangkaian Mandiri (SA) dan Bukan mandiri (NSA) sepenuhnya. Peranti ini juga bakal dilengkapi RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan ruang storan 256GB. Sama – sama kita tunggu!

