ASUS Zenfone Max Pro M2 Dijual Pada Harga Bermula Dari RM859

1227
- Iklan -

ASUS Zenfone Max Pro M2 baru sahaja dirasmikan di Jakarta sebentar sahaja tadi dan pastinya tidak mengecewakan. Peranti ini dikuasakan dengan pemproses Qualcom Snapdragon 660 AIE dan Adreno 512 pastinya menjanjikan prestasi yang baik. Dihadirkan sekali dengan Android 8.1 Oreo melengkapi kehebatan pada telefon ini. Peranti ini akan menerima kemaskini Android Pie pada Januari 2019.

Dari aspek rekaannya ia adalah 157.9 x 75.5 x 8.5mm dan berat sebanyak 175g. Dengan paparan skrin bersaiz 6.3 inci FHD+ memberikan paparan yang terbaik buat pengguna. Apa yang pasti, Corning Gorilla Glass 6 pada telefon ini merupakan yang pertama digunakan di dalam kelasnya.

Dari aspek kamera ia turut mengangumkan apabila dihadirkan dengan 12MP f/1.8 + 5MP AI, Sony IMX486 LED flash dan 4K UHD sokong EIS pada kamera utama manakala pada kamera hadapan pula ia disertakan dengan 13 Megapiksel (f2.0) + Softlight LED flash.

Sama seperti versi terdahulu iaitu ASUS Zenfone Max Pro M1, peranti ini dihadirkan dengan kapasiti bateri sebanyak 5000 mAh membolehkan anda bermain game sehingga 9 jam.

Dari aspek storan pula ia tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 2 versi iaitu 4GB RAM + 64GB storan dan 6GB RAM + 64GB storan dan disokong oleh 2TB Micro SD. Apa yang pasti ia disertakan dengan 3 Slot kad iaitu 2 nano sim dan 1 Micro SD.

ASUS Zenfone Max Pro M2 bagi versi 4 GB RAM + 64GB storan ialah pada harga RM859 dan pra tempahan boleh dilakukan di laman sesawang Lazada manakala bagi versi 6GB RAM + 64GB Storan ialah RM999 dan pra tempahannya boleh dilakukan di laman sesawang Shopee. Pra tempahan bagi telefon ini boleh dilakukan bermula dari 11 hingga 17 Disember 2018.

Baca juga: