

ASUS ZenBook Pro 15 nyata merupakan satu keluaran terbaharu yang sangat inovatif dan kreatif. Dengan dua paparan skrin iaitu pada skrin utama dan touch pad yang dikenali sebagai Screen pad pastinya memberikan suatu nafas baharu.
Dengan spesifikasi yang sangat baik, pastinya sesuai digunakan untuk individu yang bergelar content creator dan seumpama dengannya. Wujud dengan 3 variasi dengan harga yang berbeza, pastinya boleh mencapai sasaran pembeli daripada pelbagai peringkat masyarakat.
Spesifikasi
| Asus Zenbook Pro 15 | |
| Skrin | 15.6 inci, 3690 x 2160 4K UHD, |
| Prosesor | Intel Core i9 8950HK 16GB RAM, Intel Core i7 16GB RAM dan Intel Core i7 8GB DDR4 |
| Grafik | NVIDIA® GeForce® GTX 1050
Video memory: 4GB GDDR5 VRAM |
| Paparan | 15.6” LED-backlit 4K UHD (3840 x 2160) 16:9 skrin sesentuh, Penentukuran warna: Delta E < 2, 100% Adobe RGB gamut warna
15.6” LED-backlit Full HD (1920 x 1080) 16:9 (pilihan skrin sesentuh), Penentukuran warna: Delta E < 3, 100% sRGB gamut warna |
| Memori | 8GB / 16GB 2400MHz DDR4 |
| Simpanan | 1TB / 512GB PCIe® SSD
512GB / 256GB SATA3 SSD |
| Sistem Operasi | Windows 10 |
| Bateri | 71 WH 150 Wh pengecas, boleh bertahan sehingga 9.5 jam. |
| Sambungan | HDMI, Bluetooth, Card Reader, Thunderbolt, Camera, Speakers, USB3.1 |
| Ukuran | 36.5 x 24.1 x 1.89 cm dengan berat 1.88 kg |

Kualiti video yang mengagumkan
Disebabkan komputer ini mempunyai spesifikasi paparan sehingga 4K, pastinya menjanjikan paparan yang mengagumkan serta memuaskan hati. Dengan kualiti imej yang mempersona dan warna yang menarik memberikan pengalaman yang berbeza ketika menonton video.

4 Mod Screen Pad

Penggunaan Screen Pad ini merupakan inovasi yang dizahirkan oleh ASUS. Dengan Screen mode, beberapa fungsi dapat digunakan dengan baik. Terdapat 4 mod pada screen pad ini iaitu ScreenPad Mode, Extension Display, Traditional Touchpad mode dan TouchPad is Disabled.
1#Screen Pad Mode
Mode ini membenarkan pengguna untuk menggunakan aplikasi yang sudah ditetapkan. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah Kalendar, kalkutlator, music player dan sebagainya.


2#Extention Display mode
Mode ini sangat berguna bagi membolehkan pengguna melakukan dua kerja pada satu masa, anda boleh menonton video sambil melakukan kerja anda.


3#Traditional Touchpad Mode
Jika anda tidak mahu menggunakan screen pad seperti yang dinyatakan di atas, boleh menggunakan mode ini. Screen pad akan berfungsi seperti komputer riba yang lain tanpa sebarang fungsi lain.

4#Touch pad Disable
Anda boleh juga mengelak dari mengunakan touch pad ini dengan mematikan fungsi touch pad ini.
Saiz Yang Selesa
Saiz komputer riba ini yang sederhana amat memudahkan pengguna untuk membawa komputer riba ini ke mana sahaja. Dengan berat hanya 1.88kg dan kenipisan model ini adalah 18.99mm pastinya memudahkan pengguna.

Ujian Prestasi
ZenBook Pro 15 bukanlah komputer yang khusus untuk gaming, tetapi prestasi pada fungsi yang lain berada pada keadaan yang baik.


Selain itu, daripada CrystalDiskMark mendapati rekod kepantasan dalam membaca dan menulis data. Skor yang dicatatkan agak tinggi menunjukkan bahawa laptop ini tidak bermasalah dalam memproses data.

Kamera
Malangnya, kekurangan komputer riba ini dapat dilihat pada kameranya kerana hasilnya agak mengecewakan.

Pendapat Kami
Secara keseluruhannya, komputer ini adalah baik khususnya dari segi pemprosesan. Justeru ia sangat sesuai digunakan oleh Content creator dan seangkatan dengannya. Namun prestasinya ketika bermainan permainan video kurang kemas kerana model ini lebih memfokuskan kepada multitasking.
Kebaikan
- Melakukan multitasking dengan lebih mudah kerana terdapat 2 paparan skrin.
- Bateri yang tahan lama disertakan dengan pengecasan pantas.
- Bunyi yang dihasilkan dari speaker adalah sangat baik.
Kekurangan
- Prestasi gaming yang kurang kemas kerana model ini memfokuskan kepada pengguna yang melakukan multitasking seperti content creator.
- Kamera yang kurang memuaskan disebabkan oleh model ini tidak memfokuskan kepada gambar namun lebih kepada multitasking dalam penggunaannya.
- Cepat panas sekiranya penggunaan yang terlalu lama.

