Nubia V18 Dilancarkan Dengan Rekaan Menarik, Bateri 4000mAh

Nubia yang dikenali melalui duta jenama, Christiano Ronaldo hari ini melancarkan Nubia V18 ke pasaran China. Nubia V18 dilengkapi paparan nisbah 18:9 bersaiz 6.01” LCD (2160 x 1080p) dijana cip pemproses Snapdragon 625 serta RAM sebesar 4GB.

Jangan mudah tertipu, sekali pandang peranti ini kelihatan mengenakan dwi kamera tetapi sebaliknya hanya dibekalkan satu kamera 13 Megapiksel f/2.2. Sementara kamera depan 8 Megapiksel f2/.0 diletakkan di dahi peranti.

Selain itu, ia juga dipadankan storan seluas 64GB menyokong kad mikroSD, slot hibrid, pengimbas cap jari di belakang, dan bateri sebesar 4,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas.

Namun, untuk tahun 2018 peranti ini hanya dioperasikan Android Nougat dan antaramuka UI 5.1. Nubia V18 ditawarkan pilihan warna Emas, Hitam, dan Merah pada harga CNY1,299 (~RM804) seunit.

Sumber

You might also like