
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Pasukan DarkHorse berjaya merangkul gelaran juara dalam kejohanan PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) 2019 yang berlangsung di IOI Mall, Puchong, baru baru ini.

Kejayaan ini sekaligus menyaksikan pasukan DarkHorse berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM18,000 beserta trofi. Selain ITU, DarkHorse juga menerima pelan Yodoo dan kredit Boost selama satu tahun. Sebagai penghargaan juga, pasukan ini juga menerima jemputan ke kejohanan akhir PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020 sekaligus menguji kehebatan mereka menentang pasukan amateur Malaysia.

Kejohanan PMCC 2019 turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tanah air seperti Elizabeth Tan, Luqman Podolski, Firdaus ‘Master Ramen’ Hashim dan banyak lagi. Nak ketahui lebih lanjut mengenai PMCC 2019? Layari PAUTAN INI.

