
HONOR Perkenal Warna Baharu Bagi HONOR 20 Pro, Pamer Nilai Eksklusif
HONOR baru memperkenalkan warna baharu bagi peranti HONOR 20 Pro. Warna baharu ini tampak lebih eksklusif dengan kemasan yang ringkas beserta warna seakan merah jambu yang menawan hati.

Bagi versi ini, ia bakal tampil dengan 2 varian iaitu 8GB + 128GB manakala 1 lagi varian adalah 8GB + 256GB. Masing – masing bakal dijual pada harga RMB3199 (kira-kira RM1914) dan RMB3499 (kira-kira RM2093).
Peranti dengan warna ini mula tersedia pada 30 Julai 2019 bagi pasaran di China.





