LG Sudah Pun Menerima 40,000 Tempahan G6

Dalam masa 4 hari sahaja LG sudah pun menerima sambutan yang hangat pada pra-tempah peranti LG G6. Sebanyak 40,000 tempahan dilakukan dan lebih menarik adalah buat masa kini pra-tempah hanya dilakukan di Korea sahaja dengan pasaran lebih besar seperi di US dan Eropah masih belum dibuka.

Di samping mengumumkan berita baik tersebut, LG juga dilaporkan akan mengemas kini peranti LG G4 dan LG V10 kepada Android versi Nougat. Walau bagaimanapun masih belum dapat dipastikan bilakah kemas kini tersebut akan tiba kepada pemilik peranti model yang disebutkan. Menurut beberapa laporan, LG mungkin akan melancarkan kemas kini Android Nougat untul G4 dan V10 selepas pertengahan tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=841dtKrpz5U

You might also like