MWC 2017: Barisan Peranti Wiko Mobile Diperkenalkan

1577
- Iklan -

Pada acara MWC 2017, Wiko memperkenalkan beberapa model telefon pintar yang bakal mereka lancarkan sepanjang tahun ini. Berdasarkan apa yang dipamerkan, Wiko mempunyai pelbagai barisan peranti yang disasarkan kepada semua golongan pengguna. Mari kita kenal dengan beberapa peranti Wiko di acara MWC 2017.

Siri Wiko Y Max

Bateri merupakan fokus utama pada siri Wiko Y Max. Pada setiap peranti, Wiko melengkapkan bateri yang mampu membekalkan kuasa untuk mengoperasikan peranti lebih dari sehari. Apa yang lebih hebat adalah anda boleh menggunakan model Lenny3 Max dan Jerry Max sebagai powerbank.

Wiko Lenny3 Max
Wiko Lenny3 Max
Spesifikasi Lenny3 Max
Dimensi 143 x 73 x 9.9 mm
Paparan 5 inci IPS 1280×720 piksel
Sistem Operasi Android 6.0 Marshmallow
CPU Quad-Core 1.3 GHz, Cortex-A7
RAM 2GB
ROM 16GB
SIM Dual Micro SIM
Kamera Belakang: 8MP / Hadapan: 5MP
Bateri 4900mAh Li-Po
Warna Space Grey, Bleen, Rose Gold, Gold
Harga 149 Euro (kira-kira RM 702.89)

 

Wiko Jerry Max
Spesifikasi Jerry Max
Dimensi
Paparan 5 inci IPS FWVGA 480×854 piksel, 196ppi
Sistem Operasi Android 6.0 (Marshmallow)
CPU Quad-Core 1.3 GHz, Cortex-A7
RAM 1GB
ROM 8GB
SIM Dual Micro SIM
Kamera Belakang: 5MP / Belakang: 5MP
Bateri 4900mAh Li-Po
Warna Space Grey, Silver, Gold, Bleen
Harga 109 Euro (kira-kira RM 514.19)
Wiko Sunny Max
Spesifikasi Sunny Max
Dimensi 128.3 x 66.3 x 13.2 mm
Paparan 4 inci TFT WVGA 480×800 piksel, 233ppi
Sistem Operasi Android 6.0 (Marshmallow)
CPU Quad-Core 1.2 GHz, Cortex-A7
RAM 512MB
ROM 8GB
SIM Dual Mini SIM
Kamera Belakang: 5MP / Hadapan: 2MP
Bateri 2500mAh Li-ion
Warna Space Grey, Silver, Gold, Navy Blue
Harga 69 Euro (kira-kira RM 325.5)

 

 

Wiko WIM

WIM mempunyai modul kamera dwi lensa dengan resolusi 13 megapiksel pada lensa RGB dan B&W menggunakan sensor Sony IMX258. Kamera dwi-lensa membolehkan WIM menangkap gambar pada mod Artistic Blur bagi memberikan dimensi dan sentuhan artistik pada gambar yang anda ambil. Kamera WIM juga membenarkan anda bekerja dengan fail RAW, di mana fail gambar ini mempunyai butiran yang lebih banyak dan juga merupakan fail asli gambar tanpa sebarang process compress. Selain itu, kamera WIM juga menyokong rakaman video 4K dan mod Slow Motion.

Spesifikasi WIM
Dimensi 156.2×75.3×7.9 mm
Paparan 5.5 inci AMOLED FHD 1920×1080 piksel, 401ppi
Sistem Operasi Android 7.0 (Nougat)
CPU Qualcomm Snapdragon 626
RAM 4GB
ROM 32GB
SIM Dual Nano SIM
Kamera Belakang: 2x13MP (RGB+BW), f/2.0, Black & White, Artistic Blur, Background replacement, RAW format, Auto scene detection, HDR, Panorama, Live filters, Professional, Face Beauty, Wide selfie, Video Stabilization, Video Auto-Zoom, Slow-motion, Time lapse
Hadapan: 16MP
Bateri 3200mAh Li-Po
Warna Black, White, Gold
Harga 399 Euro (kira-kira RM 1882.23)

 

Wiko Upulse

Upulse pula merupakan variasi peranti yang tampak segar dan muda dengan bahan binaan yang tahan lasak, kamera yang hebat dan juga paparan 5.5 inci untuk kepuasan tontonan anda.

Spesifikasi Upulse
Paparan 5.5 inci HD
Sistem Operasi Android 7.0 Nougat
CPU Quad-Core 1.3GHz
RAM 3GB
ROM 32GB
Kamera Belakang: 13MP / Hadapan: 8MP
Bateri 3000mAh
Harga 199 Euro (kira-kira RM 938.76)