
Kini terdapat 30 hingga 50 juta bilik keramaian telah direkodkan di seluruh dunia yang menawarkan keselesaan serta kemudahan kepada ahli-ahli persidangan. Oleh demikian, Logitech telah mereka sebuah kamera yang boleh digantung bersama TV khusus untuk mereka yang mempunyai ahli dari lokasi yang berbeza.
Lensa 120 darjah sudut lebar bersama tiga kamera ini menggunakan optik UltraHD 4K, dapat merakam imej dan video premium dengan lebih jelas dan terang. Ia juga tidak lagi menggunakan wayar yang berselirat seterusnya menggunakan USB plug-and-play (pasang dan main) sahaja. Pembesar suara pada MeetUp telah dinaik taraf bagi memastikan bunyi yang dihasilkan jernih dan dapat didengari oleh semua.
Perisian MeetUp dioperasikan oleh Microsoft Cortana dapat disambungkan dari mana-mana Windows 10. Jika bilik persidangan besar pula, pengguna perlu membeli Logitech Expansion Mic (mikrofon) yang boleh digunakan lebih daripada lapan orang.
Selain itu, Logitech juga memperkenalkan ConferenceCam Soft Remote iaitu aplikasi mudah yang akan menukar telefon pintar atau tablet sebagai alat kawalan jauh. Aplikasi ini juga boleh dimuat turun di App Store dan Google Play secara percuma bermula bulan Julai ini.
Logitech MeetUp dijual pada harga RM4,799 dan Logitech Expansion Mic pada harga RM1,169 termasuk GST.