
Tiada lagi nama Air akan digunakan pada barisan peranti iPad selepas ini. Penyelarasan nama bagi iPad baru bersaiz 9.7-inci ini akan mengelakkan kekeliruan model yang biasa terjadi di dalam pasaran peranti pintar masa kini.
iPad terbaru dari Apple ini dilengkapi cip pemproses Apple A9, dan hadir dalam variasi storan 32GB dan 128GB. Selain dari mempunyai paparan beresolusi 2048×1526 piksel, tablet keluaran Apple ini juga menggunakan kamera belakang 8 megapiksel dan kamera hadapan 1.2 megapiksel.
Senarai Harga
| Model iPad | Harga | |
| WiFi | 32GB | RM 1,549 |
| 128GB | RM 1,999 | |
| Selular dan WiFi | 32GB | RM 2,199 |
| 128GB | RM 2,649 |


