HUAWEI Bakal Hadir Dengan Telefon Dengan Pemproses Dimensity 700??

Cip pemproses daripada MEdiaTek baru sahaja dilancarkan iaitu Dimensity 700 dan dikhabarkan HUAWEI bakal mengeluarkan telefon menggunakan pemproses ini.

Menurut satu tweet daripada Digital Chat Station, peranti ini bakal hadir dengan skrin 6.5″ Full HD+ dan dipadankan dengan kadar segar semula 60Hz.

Menurut tweet tersebut juga, ia bakal hadir dengan kamera belakang 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 16MP. Bateri pula adalah 4000mAh.

Sejauh manakah perkembangan peranti ini, sama-sama kita nantikan!!

You might also like