Bye-Bye ~ Cydia Store Dihentikan Operasi Hujung Tahun 2018

Sejak adanya Cydia yang terkenal dengan proses jailbreak untuk memuat turun pelbagai aplikasi pihak ketiga yang tidak diterima rasmi oleh Apple, proses ini boleh dikatakan sangat menyeronokkan bahkan juga agak risky kerana kegagalan jailbreak mungkin akan merosakkan peranti Apple tanpa disedari.

Walaupun masih ada segolongan pengguna iOS yang suka menjalani proses jailbreak, namun hari ini founder Cydia Jay “Saurik” Freeman telah mengumumkan bahawa Cydia Store bakal dihentikan operasinya pada hujung tahun 2018.

Mana tidak hampir semua ciri-ciri jailbreak telahpun sedia ada di iOS asli, jadi tiada alasan untuk jailbreak lagi.

Apa pandang anda tentang keputusan Cydia ini?

 

 

 

You might also like