HUAWEI Freelace Kini Di Malaysia – Berharga RM369

Buat korang-korang yang tak sabar menunggu kedatangan HUAWEI Freelace – kini boleh bergembira. Eh, kenapa? Sebab, HUAWEI Freelace akhirnya boleh didapati di Malaysia. Eh betul ke ni? Ya, betul!

Tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu Grafite Black dan Amber Sunrise, HUAWEI Freelace ditawarkan pada harga RM369. Bagi yang berminat, HUAWEI Freelace boleh didapati menerusi HUAWEI Online Store.

HUAWEI Freelace diperkenalkan seiring dengan pelancaran siri HUAWEI P30 pada Mac lalu. Fon telinga ini dilengkapi tali yang boleh diikat pada leher. Earbud diperbuat daripada magnet – muzik terhenti apabila earbuds dicantum.

HUAWEI Freelace disertakan bateri 123 mAh dan boleh dicas melalui USB-C – bertahan sehingga 18 jam dengan sekali cas. Lebih unik, pengecasan selama 5 minit membolehkan ia bertahan sehingga 4 jam. Fon kepala ini juga menyokong penarafan kalis air IP5X. Maklumat lanjut, layari HUAWEI Mobile.

You might also like