Reviu Eksklusif: Samsung Gear 360 (2017) vs honor VR Camera – Kamera 360 Dengan Sokongan Live Stream

HARGA: RM 999

Kamera dengan kebolehan rakaman dan tangkapan imej 360 perlahan demi perlahan mengambil tempatnya di dalam platform sosial media masa kini. Bagi memastikan mereka kekal selari dengan kemajuan ini, 2 model terbaru telahpun diperkenalkan di pasaran tempatan, iaitu Samsung Gear 360 (2017) dan juga honor VR Camera.

HARGA: RM 599 

Kedua-dua peranti ini ditawarkan pada harga berbeza, tetapi kelebihan Samsung Gear 360 (2017) adalah kebolehan membuat rakaman video UHD 4K. Bukan itu sahaja, Samsung Gear 360 (2017) serta honor VR Camera juga hadir dengan sokongan live stream yang boleh terus dilakukan dari telefon pintar anda.

Berminat kamera 360? Ikuti reviu dari kami!

 

PAKEJ PEMBELIAN

honor VR Camera
Samsung Gear 360 (2017)

 

PERBANDINGAN SPESIFIKASI

 

FIZIKAL

Kedua-dua model ini hadir dengan rekaan bulat yang sangat kecil dan comel! Gear 360 (2017) menyokong tapak yang lebih kecil berbanding model sebelum ini dan ia lebih selesa dipegang, manakala kamera honor VR pula menyediakan port untuk terus disambungkan pada telefon pintar.

Samsung Gear 360

▲ Sisi kanan menempatkan butang Menu/Bluetooth, Power/back, Indicator light, mikrofon serta tempat untuk menggantungkan tali. Sisi kiri pula dilengkapi dengan speaker, slot microSD serta USB Type-C untuk mengecas, manakala bahagian depan menyediakan butang Ok dan status kamera pada skrin.

 

honor VR Camera

▲ Pada bahagian atas hanya disediakan dengan lampu LED untuk status sambungan.

 

 

CARA PANTAS SAMBUNGAN

Samsung Gear 360

  1. Muat turun aplikasi Samsung Gear 360 (New) pada peranti Android atau iOS.
  2. Tekan butang Power beberapa saat sehingga lampu berwarna biru menyala.
  3. Buka aplikasi Samsung Gear 360 (New) dan Bluetooth.
  4. Tekan menu pada Gear 360 (2017), skrin akan memaparkan sambungan pada peranti.
  5. Aplikasi Samsung Gear 360 (New) akan memaparkan nama peranti anda, sambungkan dan selesai.

 

honor VR Camera

  1. Muat turun aplikasi honor VR Camera untuk peranti Android.
  2. Keluarkan kamera honor VR dari kotak, kemudian sambungkan pada telefon pintar.
  3. Pilihan automatik untuk putarkan skrin ataupun sebaliknya di tetapan (settings).
  4. Setelah semuanya selesai, anda boleh terus menggunakan peranti ini.

 

 

CIRI-CIRI MENARIK!

Penggambaran

Samsung Gear 360 mempunyai dua sensor 8.4 Megapiksel CMOS dengan kanta fish eye, ia juga dilengkapi fungsi live stream pada resolusi 2K. Manakala kamera honor VR pula menawarkan dua lensa 360 beresolusi 4.52 Megapiksel dengan resolusi 3008 x 1504 piksel. Hasil gambar mahupun video yang telah saip diambil boleh terus diedit dengan pelbagai efek menarik.

 

Rakaman Video

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Gear 360 (2017) adalah kemampuan membuat rakaman video sehingga UHD 4K yang nampaknya menjadi trend hari ini. Bagi honor VR Camera pula, walaupun hanya menyokong 2460 x 1280 piksel tetapi tidak menghalang peminatnya untuk terus menggunakannya kerana jenis mod yang disediakan tidak kurang hebatnya berbanding Gear 360.

Pilihan 5 mod

Gear 360 mempunyai lima mod yang boleh dicuba antaranya 360 View, Stretched view, Round view, Dual view serta Panoramic view, di mana ia mampu menghasilkan rakaman lebih unik dan penuh kreativiti.

 

Live Stream
honor VR Camera
Samsung Gear 360

Samsung Gear 360 (2017) dan juga honor VR Camera hadir dengan sokongan live streaming yang memudahkan pengguna untuk bersiaran secara langsung terus dari telefon pintar sahaja. Antara laman sosial yang menyokong fungsi ini adalah Facebook, Instagram, YouTube dan beberapa lagi.

 

HASIL GAMBAR & VIDEO

Di sini kami kongsikan hasil gambar Outdoor dan Night mode serta rakaman video UHD 4K dan HD penuh yang diambil sendiri menggunakan kedua-dua kamera 360 ini.

Night Mode
Night Mode – honor VR Camera
Night Mode – Samsung Gear 360

Ulasan: Berdasarkan hasil gambar kedua-dua kamera 360 ini, jelas membuktikan gambar malam yang diambil sangat memuaskan walaupun dalam pencahayaan yang kurang, tetapi adanya fungsi lighting ianya agak membantu. Namun begitu, Gear 360 (2017) berjaya mengekalkan warna sebenar berbanding Honor VR Camera yang kelihatan terlalu banyak cahaya berwarna putih.

 

Outdoor
Outdoor – honor VR Camera
Outdoor – Samsung Gear 360

Ulasan: Berdasarkan hasil gambar Outdoor yang diambil pada waktu pagi dengan pencahayan mencukupi, tidak dinafikan Gear 360 (2017) berjaya menghasilkan gambar yang menonjol tanpa sebarang penambahan warna, terutamanya pada langit yang kelihatan biru. Manakala honor VR Camera pula kelihatan sedikit over exposed pada langit, tetapi secara keseluruhannya masih memuaskan.

 

Rakaman Video

Ulasan: Rakaman video UHD 4K pada Gear 360 ini diambil dalam cuaca yang baik, hasilnya sangat memuaskan. Selain kualiti bunyi yang kedengaran lebih jelas, fungsi pembatalan bunyi angin turut disokong pada Gear 360 (2017) ini.

 

Ulasan: Rakaman video HD penuh pada honor VR Camera juga diambil dalam cuaca yang sama seperti Gear 360 (2017). Namun begitu, masalah over exposed pada langit seperti pada hasil gambar turut muncul pada rakaman video, tetapi kualiti bunyi yang dihasilkan masih memuaskan, dan yang penting tidak menjejaskan kualiti video secara keseluruhannya.

 

 

RUMUSAN

Samsung Gear 360 (2017)
Pro
  1. Rekaan model terbaru ini lebih dilihat lebih kompak berbanding model sebelum ini.
  2. Berkemampuan membuat rakaman video berkualiti UHD 4K dengan pelbagai mod menarik.
  3. Sokong pengiktirafan IP53.
  4. Penggambaran 8.4 Megapiksel masih menonjol walaupun diambil dalam pencahayaan terhad.
Kontra
  1. Memerlukan kad microSD untuk mengoperasinya.
  2. Terlalu banyak langkah untuk menyambungkan kamera 360 ini dengan telefon pintar.
  3. Bateri berkapasiti 1160mAh cepat habis terutamanya apabila membuat rakaman video 4K dan mudah panas.
  4. Harga yang ditawarkan agak mahal jika dibandingkan dengan kamera 360 yang ada di pasaran.

 

Honor VR Camera
Pro
  1. Rekaan bulat dan kecil memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja.
  2. Tidak memerlukan langkah yang banyak untuk menyambungkan peranti ini, hanya menyambungkannya terus pada telefon pintar.
  3. Penggambaran masih kelihatan menonjol walaupun diambil dalam pencahayaan terhad.
  4. Hasil gambar dan juga rakaman video yang telah diambil boleh terus diedit dengan pelbagai efek menarik.
Kontra
  1. Tidak banyak pilihan mod yang disediakan pada kamera 360 ini.
  2. Rakaman video hanya menyokong HD penuh dan bukannya UHD 4K seperti Gear 360 (2017)
  3. Sambungan USB Type-C yang terletak di bawah kelihatan agak pelik kerana anda perlu terbalikkan telefon pintar untuk membuat rakaman video mahupun mengambil gambar.

 

 

 

 

 

You might also like