Reviu Eksklusif: Fitbit Charge 2 & Flex 2, Teman Senaman Bermutu Tinggi

Fitbit, syarikat peranti kecegasan terulung di dunia, telah memperkenalkan dua model terbaru mereka di pasaran tempatan iaitu Charge 2 yang telah dinaik taraf daripada model sebelumnya serta Flex 2. Kami berpeluang untuk mencuba sendiri dua peranti terbaru ini. Ingin mengetahui apakah keistimewaan yang terdapat pada kedua-dua mode ini? Teruskan membaca selanjutnya!

Fitbit Charge 2 merupakan peranti pertama boleh memberikan maklumat kadar degupan jantung secara automatik dan berterusan ke pergelangan tangan anda. Dengan wajah baru yang lebih bergaya dan skrin mudah dibaca dengan empat kali lebih besar dari model sebelumnya, Charge 2 menawarkan pengalaman yang lebih menarik, memberi dorongan dan bersifat peribadi untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Manakala dengan ciri senaman yang lebih pintar, Flex 2 boleh menjejak kecergasan anda dengan mudah dan memberi motivasi secara mesra untuk membantu anda kekal aktif sepanjang hari.

• Cara Pemakaian Fitbit Charge 2

• Cara Pemakaian Fitbit Flex 2

Ciri-ciri istimewa yang ada pada Fitbit Charge 2

1) Inovasi PurePulse

Penjejak kadar degupan jantung yang berterusan memudahkan pengguna memaksimumkan aktiviti senaman, merekod pembakaran kalori dengan lebih baik dan mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan keseluruhan anda. Charge 2 menaik taraf fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan dengan dua ciri berkesan yang berlandaskan kadar jantung peribadi anda.

 

2) Mod Pelbagai Sukan

Jejak senaman khusus seperti larian, tunggangan basikal, latihan berat, yoga dan banyak lagi, serta dapatkan ringkasan maklumat selepas senaman dan laporan terperinci tentang aktiviti anda dalam aplikasi Fitbit. Aplikasi ini sokong pada peranti beroperasi Android, iOS dan Windows Phone.

 

3) Sambungan GPS

Menghubungkan gegelang kecergasan anda dengan GPS di telefon pintar untuk memberikan statistik masa sebenar yang lebih jitu dan boleh diambil tindakan, seperti kelajuan dan jarak larian, sambil merakamkan peta laluan dalam aplikasi.

 

 

 

4) Mod Senaman Berselang

Memberi panduan kepada anda untuk menggantikan senaman yang lebih tinggi intensitinya dan pemulihan untuk memaksimumkan senaman latihan litar supaya anda dapat memberi tumpuan terhadap senaman anda.

 

5) Notifikasi

Selain aplikasi kecergasan, Charge 2 turut membolehkan pengguna menerima notifikasi melalui peranti ini seperti panggilan telefon, SMS dan juga Kalendar.

 

 

 

 


 

Ciri-ciri istimewa yang ada pada Fitbit Flex 2

1) Reka Bentuk Ultra Nipis

Fitbit Flex 2 menampilkan penjejak yang mudah ditanggal dan digantikan dengan pelbagai aksesori yang boleh dibeli berasingan. Ia menawarkan ukuran hanya 31.7 x 8.9 x 6.8mm, dan hadir dalam 7 variasi warna untuk disesuaikan dalam kegunaan seharian.

 

2) Mudah dan automatik

Penjejakan senaman automatik SmartTrack mengenal pasti senaman terpilih (jalan kaki, larian, perjalanan, mesin elliptical, bersukan, senaman aerobik dan berenang). Manakala ‘Reminders to Move’ membantu anda kekal aktif dengan peringatan mesra untuk mencapai sasaran kecil seperti bilangan langkah setiap jam dan mengurangkan masa tidak aktif. Sasaran senaman mingguan peribadi akan membantu anda mengamalkan rutin konsisten dan mengekalkan motivasi.

 

3) Lebih pintar

Paparan LED ringkas menggunakan lampu berkod warna untuk menunjukkan kemajuan anda mencapai matlamat harian, dan memastikan anda tetap boleh dihubungi dengan notifikasi panggilan dan teks. Di antara lampu yang disediakan adalah:-

BiruPanggilan telefon & SMS
Merah Reminder to Move
HijauGoal Celebration
KuningSilent Alarm

 

4) Tahan Lasak

Fitbit Charge 2 dan Flex 2 sesuai bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak dan melakukan sukan agresif. Reka bentuk tahan lasak dan ringannya membolehkan anda menikmati dan menjalani aktiviti anda tanpa sebarang gangguan.

 


 

Pakej Pembelian
Fitbit Charge 2
Fitbit Flex 2

 

Aksesori Tambahan
Fitbit Charge 2
  • Gelang aksesori kulit premium mewah dalam merah jambu muda, coklat, dan indigo (RM360).

  • Siri edisi istimewa dalam warna gunmetal dan merah jambu keemasan (RM820).

 

 

 

Fitbit Flex 2

  • Aksesori dalam warna emas, merah jambu keemasan (RM450) dan keluli tahan karat perak (RM420).
  • Aksesori loket dalam warna keluli tahan karat emas (RM450) dan perak (RM390).

 

You might also like