
EMUI 8.0 Untuk Honor 8 Pro Dan Honor 7X Akan Tiba Tidak Lama Lagi
Huawei telah mengumumkan antaramuka EMUI 8.0 semasa pelancaran Huawei Mate 10 pada tahun lepas. Antaramuka ini dibina berasaskan Android Oreo. Peranti honor yang terawal menerimanya ialah honor 9 Lite dan Honor View 10 yang bakal dilancarkan bulan ini di Malaysia.

Bagaimanapun, antaramuka ini bukan hanya ditawarkan pada peranti terbaru, pengguna Honor 8 Pro dan Honor View 10 juga kan menerima kemas kini yang sama. Kemas kini ini dijangka boleh dimuat turun secara OTA (Over-the-Air) dalam masa terdekat ini.
Huawei memutuskan untuk melangkau nombor versi daripada EMUI 5.0 kepada EMUI 8.0 seiring Android 8.0 Oreo bertujuan supaya pengguna mudah untuk mengingatinya. Ia membawakan beberapa ciri antaranya kebolehan AI (kecedasan minda) dan Huawei Translate, pantauan kecergasan, dan lain-lain.

