
HUAWEI Bakal Saman Kerajaan Amerika Syarikat Kerana Haramkan Penjualan Produk
HUAWEI dikhabarkan akan menyaman kerajaan Amerika Syarikat ekoran daripada tindakan negara tersebut yang mengharamkan penggunaan peralatan 5G di negara tersebut atas alasan ia digunakan untuk tujuan intipan. Bukan itu sahaja, penggunaan telefon pintar dari HUAWEi juga tidak dibenarkan bagi kakitangan kerajaan atas alasan yang sama.
Justeru, menurut 1 laporan daripada THe New York Times, HUAWEI akan memfailkan saman ke atas Amerika Syarikat di atas tindakan mereka.
Dipercayai, saman tersebut akan difailkan di Texas yang mana ia merupakan lokasi ibu pejabat HUAWEI di Amerika Syarikat. Pada ketika ini, tiada bukti yang dikemukan oleh Amerika bahawa HUAWEI melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Justeru, tindakan Amerika Syarikat mengharamkan produk HUAWEi ini adalah salah di sisi undang-undang.
_______________________
Baca juga:
- MWC 2019: HUAWEI Umum Bakal Bina Platform Servis Digital Terbaharu Bagi HUAWEI AppTouch
- MWC 2019: HUAWEI Rangkul 47 Anugerah Utama, Bukti Antara Jenama Terbaik Ketika Ini
- MWC 2019 : HUAWEI Mate X Dinobatkan Sebagai “Best Connected Mobile Device”
- Kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) Musim Ketiga Kini Telah Bermula!

