[EKSKLUSIF PREVIEW] ASUS ZenFone 4 (ZE554KL) & ZenFone 4 Pro (ZS551KL) – Khas Untuk Fotografi

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai teaser ASUS ZenFone 4 akan diperkenalkan, dan kini peranti yang memfokuskan pada kebolehan penggambaran telah dilancarkan secara rasmi di Taiwan baru tadi.

(Kiri) ASUS ZenFone 4 (Kanan) ASUS ZenFone 4 Pro

Apa yang menarik pada keluarga ZenFone 4 terbaru ini? Selain kerangka unibodi yang cukup premium dengan glass-metal ini, dwi lensa menjadi keutamaan pada siri terbaru ini. Menurut ASUS, ZenFone 4 Pro merupakan model flagship di bawah keluarga ZenFone 4, di mana ia mampu menawarkan hasil penggambaran yang cukup menakjubkan.

Kedua-dua ZenFone 4 ini hadir dengan paparan skrin 5.5 inci HD Penuh, ketebalan dan berat ada sedikit beza di mana ZenFone 4 hanya 7.5mm dengan berat 165g, manakala ZenFone 4 Pro lebih tebal 0.1mm dan lebih berat 10gram berbanding ZenFone 4.

Pilihan warna Midnight Black, Moonlight White dan Mint Green pada ZenFone 4

ASUS ZenFone 4 hadir bersama pilihan warna Midnight Black, Moonlight White dan Mint Green, manakala hanya 2 pilihan warna sahaja ditawarkan pada ZenFone 4 Pro iaitu Pure Black dan Moonlight White.

Kerangka unibodi glass-metal pada panel belakang nampak sangat premium dengan pantulan seperti laser

Dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat dengan ASUS ZenUI 4.0, model ZenFone 4 menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 630/660, 6GB RAM dan 64GB ROM, sementara model flagship menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 6GB RAM dan 128GB ROM.

(Kiri) ASUS ZenFone 4 (Kanan) ASUS ZenFone 4 Pro

Beralih ke watak utama fungsi penggambarannya, sistem dwi-lensa digunakan pada kamera utama dengan gabungan sensor 12 Megapiksel + 8 Megapiksel pada ZenFone 4, manakala 12 Megapiksel + 16 Megapiksel pada ZenFone 4 Pro. Sementara kamera depan turut serta 8 Megapiksel masing-masing menggunakan sensor Omnivision 8856 (ZenFone 4) dan Sony IMX319 (ZenFone 4 Pro). Model flagship ZenFone 4 Pro turut hadir dengan fungsi penggambaran yang lebih menarik, seperti menyokong 2X optikal zum, TriTech+ AF, 4-Axis OIS dan teknologi SuperPixel Engine.

Bateri masing-masing berkapasiti 3300mAh dan 3600mAh (model flagship), menurut pihak ASUS peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia seawal-awalnya minggu pertama bulan September nanti.

Spesifikasi

Model

ASUS ZenFone 4

ASUS ZenFone 4 Pro

ZE554KL

ZS551KL

Sistem Operasi

Android 7.0 Nougat (Sokong kemas kini Android 8.0)
ASUS ZenUI 4.0

Kad SIM

Dual SIM Dual Standby
Slot 1: Nano SIM
Slot 2: Nano SIM / microSD

Pemproses

CPU

• Qualcomm Snapdragon 660 Octa-core 2.2GHz, 64-bit, 14nm

• Qualcomm Snapdragon 630 Octa-core, 64-bit, 14nm

Qualcomm Snapdragon 835 Octa-core 2.45GHz, 64-bit, 10nm

GPU

Adreno 512

Adreno 540

Memori

64GB ROM / 6GB RAM
microSD (sehingga 256GB)
128GB ROM / 6GB RAM
microSD (sehingga 256GB)

Paparan Skrin

5.5 inci Super IPS+ Full HD
1920×1080 piksel (~403ppi)
Corning Gorilla Glass
2.5D curved glass
5.5 inci AMOLED Full HD
1920×1080 piksel (~403ppi)
Corning Gorilla Glass
2.5D curved glass
Kamera Kamera Utama • 12 Megapiksel • IMX362 sensor • 1.4µm saiz piksel • Aperture f/1.8 • 83° Wide-angle • Dual PDAF • 4-Axis OIS • Rakaman video 4K • PixelMaster 4.0 • 12 Megapiksel • IMX362 sensor • 1.4µm saiz piksel • Aperture f/1.7 • 83° Wide-angle• ASUS TriTech+ • 1X Optikal zum • 4-Axis OIS • SuperPixel Engine • PixelMaster 4.0
Kamera Utama (Lensa sudut lebar) • 8 Megapiksel • Omnivision 8856 sensor • 1.12µm saiz piksel • Aperture f/2.2 • 120° Wide-angle • 16 Megapiksel • Sony IMX351 sensor • 1.00µm saiz piksel • Aperture f/2.6 • 47° Wide-angle • 2X Optikal zum
Kamera Depan • 8 Megapiksel • Omnivision 8856 sensor • 1.12µm saiz piksel • Aperture f/2.0 • 84° Wide-angle • 8 Megapiksel • Sony IMX319 sensor • 1.4µm saiz piksel • Aperture f/1.9 • PDAF • SuperPixel Engine
Bateri 3300mAh 3600mAh
Sambungan • WiFi 802.11ac 2.4GHz & 5GHz • Bluetooth 5.0 • USB 3.1 Type C • USB-OTG • WiFi 802.11ad 2.4GHz & 5GHz (Single SIM) • WiFi 802.11ac 2.4GHz & 5GHz (Dual SIM) • Bluetooth 5.0 • USB 2.0 Type C • USB-OTG
Ciri-ciri Lain • Fingerprint 0.3s • VoLTE • Smart amp • DTS Headphone:X 7.1 • ASUS Noise Reduction Technology • Fingerprint 0.3s • VoLTE • Smart amp • DTS Headphone:X 7.1 • ASUS Noise Reduction Technology
Warna Midnight Black / Moonlight White / Mint Green Pure Black / Moonlight White

 

Yang berminat, tanda kat kalendar dulu, jangan terlepas pandang pula!

You might also like