Transformasi Pendidikan Digital Dengan Pembelajaran Pintar Bersama Intel®

Sistem pendidikan abad ke-21 lebih menuju ke hala pembelajaran celik pintar, pendidikan digital sudahpun bermula diimplementasikan ke dalam pembelajaran di seluruh dunia. Murid hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya dalam zaman yang pesat berubah, terutamanya zaman berteknologi pintar masa kini.

Peranti mudah alih seperti komputer riba, peranti pintar, tablet dan pelbagai alatan ICT boleh dijadikan sebagai platform meningkatkan pembelajaran secara lebih kreatif dan inovatif. Sehubungan itu, kemudahan ICT yang dibawa oleh SNS Network dari kerjasama Intel® dalam menjayakan suasana pembelajaran yang lebih berkesan amat dititikberatkan.

JOI® Smart Classroom yang dibawa oleh SNS Network bertujuan menyediakan pendekatan pembelajaran yang fleksibel dengan persekitaran berbeza – sekaligus bantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar menerusi interaksi dan perbincangan yang mana semua ini dikuasakan oleh Intel®.

Prestasi dalaman yang dioptimumkan untuk pendidikan dapat dirasai sepenuhnya melalui penggunaan JOI® Smartboard – sebuah papan putih pintar yang dapat merealisasikan pelbagai kerja pembentangan sama ada analisis video atau berinteraktif dengan murid dengan adanya sokongan Kecerdasan Buatan (AI).

Tambahan lagi, segala data penting juga akan terlindung daripada keupayaan yang ditawarkan oleh Intel® termasuk juga sokongan sambungan lebar melalui ekosistem untuk perkongsian data yang cekap antara peranti dan awan.

Produk Intel direka untuk kebolehpercayaan yang tinggi dan jangka hayat yang panjang, dengan komitmen ketersediaan terjamin selama 15 tahun. Segala maklumat terperinci, boleh hubungi talian 1700 – 817- 616, atau layari laman rasmi JOI.

 

You might also like