Aplikasi ‘Royal Canin Club’, Panduan Penjagaan Haiwan Peliharaan Anda – kini Dengan Fungsi Menarik Serba Baharu!

Royal Canin Malaysia telah melancarkan aplikasi ‘Royal Canin Club’ pada bulan Ogos 2020 yang mendapat sambutan hebat dari pemilik haiwan peliharaan di seluruh Malaysia. Kini, Royal Canin memperkenalkan fungsi menarik serba baharu yang direka khas untuk aplikasi mereka seperti fungsi penghantaran ke rumah untuk set hadiah eksklusif serta ganjaran menarik lain yang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran pada nilai lebih rendah. 

Royal Canin Club direka khas untuk mendidik dan membimbing pemilik haiwan di Malaysia mengenai amalan terbaik penjagaan haiwan peliharaan melalui kandungan yang informatif dan menarik dalam topik seperti diet dan pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku, dan kesihatan umum mereka. Ia bertujuan untuk mendidik pemilik haiwan peliharaan untuk membuat pilihan yang tepat untuk si bulus mereka dari setiap aspek perkembangannya.  

Dua fungsi baharu pada aplikasi ini termasuklah fungsi penghantaran set hadiah percuma ke rumah di mana Royal Canin akan menghantar set hadiah eksklusif untuk pengguna aplikasi terus ke rumah mereka. Penghantaran ini memenuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di mana rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus kekal selamat di rumah masing-masing. 

Royal Canin juga melancarkan kempen ganjaran yang membolehkan para pembeli menebus ganjaran menggunakan mata ganjaran pada nilai yang lebih rendah sempena dengan musim perayaan hujung tahun ini. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk produk-produk Royal Canin seperti makanan basah bertin atau paket untuk kucing dan anjing.

Royal Canin akan terus memberi penambahan nilai melalui Royal Canin Club. Antara fungsi yang akan ditawarkan pada tahun 2021 dan seterusnya termasuk: pemberian mata ganjaran selepas pembelian, pelancaran Royal Canin Club di klinik haiwan, dan fungsi rujuk rakan untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran. 

Aplikasi Royal Canin Club boleh didapati dari App Store (iOS) atau Google Play Store (Android). Daftar sekarang untuk tebus baucar permulaan dan set hadiah (selagi stok masih ada)!

You might also like